Pages

Saiz Perut Bayi

Masa mengandung dulu, ilmu tentang bayi ni amat-amat lah cetek. Asyik berangan je nak baby yang cantik n comel punya pasal dah bersalin baru lah terhegeh-hegeh nak belajar dan membaca. Haaa jangan jadi macam saya ye..tapi itu yang dulu la. (malu dengan diri senndiri)

Dah alang-alang membaca ni ada baiknya kita berkongsi kan..kan..jom! 

Saiz Perut Bayi

Seringkali ibu terutamanya ibu baru risau bayinya yang baru lahir tidak cukup susu. Tangisan bayi sering disalah anggap sebagai tanda bayi lapar, sedangkan bayi menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau kerana dia tidak berasa selesa. Keadaan bertambah mencabar bila banyak suara di sekeliling ibu yang menambah rasa gusar hati itu. Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan bayi.

Hakikatnya itulah yang terjadi pada saya dulu, selepas melahirkan zara. Saya melalui semua itu. Tapi Alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan untuk fully BF anak. Semoga rezekinya berkekalan.

Kuantiti susu yang diperlukan bayi baru lahir adalah sangat sedikit. Ini bersesuaian dengan saiz perutnya masa itu. Benarkah bayi menangis kerana lapar? Sedangkan ibu baru sahaja menyusukan bayi 5 minit yang lepas. Untuk itu, mari kita lihat, berapa besar perut bayi..


Ilmu itu penyuluh hidup. Susu ibu adalah hak anak, semoga ibu-ibu dipermudahkan untuk menyusu dan diberikan kejayaan. 






2 ulasan:

  1. uoooo! lisa pun baru tahu. terima kasih atas perkongsian, kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 cik lisa yang manis :) tq sudi baca entry akk

      Padam

 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in