Pages

Jaga yang Haram!!

Assalamualaikum semua, semoga dipermudahkan segala urusan dan diakhiri dengan kebaikan. InsyaAllah.

Saya cukup terkesan dengan tazkirah ini, sama-sama lah kita muhasabah diri. Sumber saya dapat dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak campurkan dengan darah daging. Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon nak keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan Ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana maahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, maslah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila ada musibah, tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri

Keberkatan Yang Dicari 

6 cara untuk mendapatkan pahala setelah mati:
  1. Beli Al-quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
  2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahal.
  3. Turut serta dalam pembinaan masjid
  4. Meletak watercooler di tempat awam
  5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibawahnya atau makan darinya
  6. Cara terakhir dan paling mudah adalah berkongsi mesej ini kepada semua, sekiranya ada orang yang mampu melakukan salah satu perkara di atas

Salam Sayang
mamazara


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in