Jaga yang Haram!!

Assalamualaikum semua, semoga dipermudahkan segala urusan dan diakhiri dengan kebaikan. InsyaAllah.

Saya cukup terkesan dengan tazkirah ini, sama-sama lah kita muhasabah diri. Sumber saya dapat dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak campurkan dengan darah daging. Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon nak keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan Ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana maahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, maslah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila ada musibah, tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri

Keberkatan Yang Dicari 

6 cara untuk mendapatkan pahala setelah mati:
  1. Beli Al-quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
  2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahal.
  3. Turut serta dalam pembinaan masjid
  4. Meletak watercooler di tempat awam
  5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibawahnya atau makan darinya
  6. Cara terakhir dan paling mudah adalah berkongsi mesej ini kepada semua, sekiranya ada orang yang mampu melakukan salah satu perkara di atas

Salam Sayang
mamazara


Az Zaharah Afrina.. temujanji klinik

Alhamdulillah hari ni pergi klinik penuhi temujanji dengan cik2 misi yang baik hati di klinik. Temujanji untuk check up 1tahun 3 bulan. Cik zara pun macam tahu-tahu je hari ni dia nak pergi klinik sebab tu bangun awal sangat pagi ni.

Gerak pukul 8 pagi tadi, 9 setengah dah balik. Cepat je sebab tak ramai orang. Kalau tak memang kebosanan la menunggu giliran, almaklum la dah nama pun klinik ibu dan anak mestilah ramai kan ibu2 n anak2, hihihi.

Saya ni tak la risau atau takut tengok dia kena suntik ke apa..tapi yang merisaukan saya cik zara ni takut nurse, ntah tak tahu la kenapa. Kalau nak bawa pergi hospital, jumpa doktor perempuan ke mesti menangis sampai lebam2 la..tapi kalau doktor lelaki dia relax je suka je..hmmmm nampak dah kan kenapa dia macam tu.

Zara memang tak mesra dengan orang perempuan, cuba dengan lelaki conform suka berteman dan terus mesra.hihihi itulah zara. Tapi dengan mama dikecualikan la! 

sesi terapi pujuk memujuk
Sebelum masuk klinik papa dah siap bagi kata-kata motivasi gituuu, pujuk2 supaya jadi budak yang baik. Sebab dia kan tak suka cik2 misi tu..(perempuan) dah memang semua perempuan kan nurse2 tu. Aduhaiii..
memang dah sah nak ukur tinggi dan berat terkejut satu klinik di buatnya. Sabar je la...

Cik misi pun kelam kabut nak habiskan sesi temujanji kami. Nasib baik hanya periksa berat dan tinggi, kalau la ada suntikan hari ni mesti nak pengsan saya dibuatnya. Pintu bilik ditutup dia pun senyap..agaknya dah tak nampak muka cik misi tu.

cik zara lebih rela tunggu papa kat luar

Tak daya nak tunggu dalam klinik kalau nampak lagi cik2 misi tu conform la menangis. Takpe la kita tunggu dia je la, layankan ke dia punya fi'il.



Doa Dhuha

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah hari ni dah 25 haribulan dalam bulan may, lagi 6 hari untuk menuju ke bulan jun pula InsyaAllah semoga Allah panjangkan usia dan bertemu pula dengan bulan Ramadhan yang tak lama lagi.

Ringan tangan dan jari-jemari nak berkongsi sebuah doa hari ini, iaitu Doa Dhuha. Dah Dhuha tak? Alhamdulillah semoga Allah memberikan kita semua kekuatan dalam mnegerjakan ibadah.

Daripada Abu Hurairah r.a Rasullullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan."

klik gambar untuk besarkan
"Allahumma innadh Dhuha-a Dhuha-uka, Wal bahaa-a bahaa-uka, Wal jamaala jamaaluka, Wal quwwata quwwatuka, Wal qudrata qudratuka, Wal ishmata ishmatuka, Allahumma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu, Wa inkaana fil ardhi fa-akhrijhu, Wa inkaana mu'asaran fayasirhu, Wainkaana haraaman fathahhirhu, Wa inkaana ba'idan fa qaribhu, Bihaqqiduhaa-ika wa bahaaika, Wa jamalika wa quwwatika waqudratika, Aatini maa ataita 'ibaadakash shalihin"

Maksudnya : 

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, Kecantikannya adalah kecantikanMu, Keindahannya adalah keindahanMu, Kekuatannya adalah kekuatanMu, Kekuasaanya adalah KekuasaanMu, dan Perlindungannya adalah perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu limpahkan kepada ku  segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Salam sayang,
mamazara

Baju Zara

Salam malam minggu..

Baik sungguh hati encik suami bawa kami jalan-jalan hari ini. Rasanya entah untuk berapa lama tak pergi shopping mall untuk cuci-cuci mata, dah cuci-cuci mata tu hmmm conform la tercuci sekali isi dompetnya hihihi.. Bertambah pahala ya encik suami berbelanja untuk kami. Allah akan murahkan rezekimu.

Dah jalan-jalan tadi singgah makan Nasi Lalap Special..apa yang special sangat tu? haaa ada telur dadar, ayam goreng, ikan tuna, tauhu goreng, air jus oren pure organik rasa buahnya. Alhamdulillah memang sedap.

Dress cik zara

5 pasang untuk cik zara saja

Bila dah rancang nak beli barang untuk keperluan diri ni, sudah tentu anak yang menjadi keutamaan. Memang tak kan ingat dah untuk diri sendiri. Rasa puas dan dah cukup lengkap untuk diri sendiri bila beli untuk anak, rezeki kita ada pada anak itulah hikmahnya.

Cik zara ni dah berumur 1 tahun 3 bulan, tak tahu lagi nak memilih baju mana yang dia nak tapi jari telunjuknya yang gebu meruncing tu laju je menunjuk barang-barang yang mampu menggamit pandangannya.
Alkisahnya nak belikan dia baju, tapi baju baby boy tu yang dia asyik tunjuk..agaknya dia tertarik dengan patung baby boy yang siap berpakaian smart tu..hihihi. Baby zara yang noty!!

Beli baju sampai 5 pasang, tapi untuk cik zara je tau. Untuk mama tiada lagi. Mama beli sandal saja. 5 pasang pun tak sampai la ratus2 ringgit. Alhamdulillah jumpa kedai yang buat jualan murah, memang berbaloi-baloi walaupun tak berjenama terkenal tu tapi kainya cukup bagus yang penting cik zara selesa, tak panas dan dia suka..mama pun lagi la suka.

Dah penat berjalan-jalan seharian mari kita rehatkan diri. Sebelum tidur tak lupa makan vitamin dulu. Sudah tentu ostematrix dan alfalfa untuk kesihatan. Bangun esok pagi InsyaAllah cergas dan bertenaga.

Selamat malam semua.

Mimpi indah
Mamazara...

Doa 12 Pintu.. Selamat beramal

Selamat petang semua..petang yang indah ini rasa ada kelapangan je, owh..rupanya cik zara sedang tidur. Walaupun karan dah mati  masih lena pula dibuai mimpi, nasib keadaan sedang mendung kalau tak memang membahang la panasnya dalam rumah. Alhamdulillah bersyukur dan sentiasa bersangka baik la kita.

Tergerak hati nak kongsikan penulisan kali ini tentang doa. Doa yang sesiapa mungkin seringkali amalkan dalam kehidupan seharian. Bagi saya pula doa ini saya baca setiap kali sesudah solat, doanya adalah Doa 12 Pintu.. MasyaAllah doa 12 Pintu ini memang baik sekali untuk kita amalkan, apapun mari kita sama2 beramal.



Ya Allah... Bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga bermanfaat untuk kita amalkan. Nampaknya cik puteri saya yang dalam buaian tu dan bergerak-gerak, agaknya dah rasa panas mungkin dah berpeluh-peluh. Jadi lah saya dayang2 petang ni untuk mengipaskan tuan puteri( hari2 pun dah jd dayang la hihihi)



Salam Sayang
Mamazara

Sembelit di Kalangan Bayi dan Kanak-kanak


Sembelit memang seringkali terjadi pada bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak. Kadangkala najis hanya akan keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis adalah berbeza diantara satu bayi dengan bayi yang lain.

Sembelit bukan sekadar berpa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseoaraang bayi dengan yang lain. Yang lebih enting ialah bentuk najis yang dihasilkan.



Tanda-tanda sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak :
  • Ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa.
  • Bayi kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar.
  • Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk menggelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.
Perkara begini haruslah dicegah daripada berlaku kerana akan menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak.








 

Hubungi Saya

Jawatan Kosong

Instagram

Tips & Info

Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in