Menurut Dr. Aminuddin Ahmad :
Gastrik
Tekanan (stress), ransangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Ulser
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur/menghadam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini sepatutnya bertindak/menghadam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghadamkan/mencerna permukaan perut yang jua adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecerderaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser", katanya.
Punca-Punca Gastrik
- Merokok
- Meminum minuman beralkohol
- Jangkitan bakteria helicobacter pylori
- Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser
- Tabiat pemakan yang tidak mengikut waktu
- Gaya hidup yang tertekan (stress)
- Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drugs (NSADs)
Setakat ini tiada bukti jelas mengaitkan makanan sebagai penyebab gastrik. Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang di hadapi.
Tanda-Tanda Gastrik
- Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
- Sesetengah pesakit berasa gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
- Pendarahan gastrousus boleh brlaku pada pesakit yang menderita gastrik yang lama, malah 25 hingha 30 % penyebabnya ialah hakisan (gastritis erosif)
Tanda-Tanda Lain
- Kerap sakit kepala di bahagian kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan
- Loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
- Demam
- Sakit perut
- Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian badan digosok atau diurut.
Jenis-Jenis Gastrik
- Gastritis ringan - Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan
- Gastritis berat - Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
- Ulser gastrik (peptic ulcer) - Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada penyakit gastrik berat.
Rawatan
- Makan mengikut waktu
- Elakkan junk food, jeruk kering atau basah (asam)
- Elakkan minuman bergas dan alkohol
- Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas
Cadangan Suplement Shaklee Untuk Gastrik
- ESP
- Ostematrix
- Peppermint Ginger Plus
- B-Complex
ESP
Mengurangkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. ESP bersifat alkali bercampur asid perut akan kurangkan hakisan pada dinding perut.
Ostematrix
Kaya dengan sumber kalsium. Kalau sakit gastrik kita digalakan minum susu sebab susu membekalkan kalsium, jadi kalau anda jenis susah nak minum susu ambil lah ostematrix
Peppermint-Ginger Plus
Membantu pencernaan dengan meransang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Kandungan bahan-bahan seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis memberikan rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.
B-Complex
Membantu menghilangkan rasa sakit dan stress
Cegah dan rawatlah gastrik anda sebelum ia menjadi lebih teruk. InsyaAllah set cadangan untuk gastrik amat membantu dalam kesakitan yang anda alami.
Hubungi saya : -
0 ulasan:
Catat Ulasan