Ayam Kampung Masak Selasih

Selamat mencuba..kepada para encik2 suami tu rajin2 la masak untuk isteri yang tengah berpantang tu ye..
Tunjukkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab anda kepada isteri tercinta.. kesian kan kalau dalam masa berpantang ni asyik bagi isteri makan biskut kering dan bubur kosong je kan, hihihihi


credit gambar : HomeKreation 

Bahan A

  • 1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong)
  • 1 cawan air
  • 1 teh sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 2 inci halia muda (dihiris batang mancis)
  • 1 ikat daun selasih/kemangi (ambil daunnya sahaja)
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 2 sudu teh pati ayam
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
Cara Membuat
  • Di dalam periuk, sangaikan dahulu bahan tumbuk. Apabila sudah naik bau, masukkan air, air asam jawa, ayam lada hitam, halia, pati ayam. Tutupkan periuk dan didihkan sebentar
  • Apabila ayam sudah empuk, tutupkan api dan masukkan daun selasih. Bubuh garam, kacau sebentar.
  • Makan bersama nasi lembik yang masih panas dan ulaman lain.


Salam Sayang
Mamazara




Tips Dan Petua Mudah Hamil Mengikut Cara Islam

Firman Allah SWT  dalam surah (asy-Syura: 49-50) yang bermaksud :

"Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa".

Anak adalah rezeki, amatlah beruntung kepada sesiapa yang telah dikurniakan anak lebih awal dari yang lain, bersyukurlah, jangan kufur dengan nikmat yang Allah berikan, jangan terlalu berbangga dengan kejayaan, kerana kejayaan itu milik Allah Taa'ala, bagi kita sebagai hamba hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kerana anak itu tercipta bukan kerana kuasa manusia.

Doa Dan Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

1. Pertama

Bersangka baik dengan Allah s.w.t serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa."

Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah SWT. Maka baginda menyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

2. Kedua

Bersangka baik dengan Allah SWT serta berdoa dengan Ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi."

Ayat ini berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya. Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk  mendapat zuriat. Selain itu, berikhtiharlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah s.w.t yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.

Amalan-Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Setelah berusaha denagn perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperolehi zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan menganggu keadan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa  kita di suruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa tersebut. Yang penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat Rasulullah SAW begitu juga dalam penutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

1. Amalan pertama 

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. ( Umpamanya : Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemuian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

2. Amalan kedua.
  • Suami hendaklah membaca "Ya Mutakkabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan Adanya) 333 kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/ surah Maryam setiap hari
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat darpada-Nya - Ustazah Siti Nor Bahiyah



Salam Ukuwah
Mamazara....




Tazkirah - Kamar Syurga

Tazkirah - Kamar Syurga...

Rasullullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi di dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tebus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat "untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam disaat manusia lelap dalam mimpinya."

Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli keluarganya, sampai berkecukupan, dengan begitu bererti telah termasuk orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap. "Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya

Resepi Ibu Berpantang - Kerabu Pegaga

Salam ceria..semoga hari ini, semua urusan dan rancangan kita semua berjalan dengan lancar, InsyaAllah..hmmm baiklah entry kali ini tetiba ingat pada resepi, resepi yang saya nak kongsikan ini adalah khas buat ibu-ibu muda atau suami yang begitu prihatin pada isterinya, tidak kurangnya ibu mertua atau ibu kandung sendiri ya...yang sedang online nak cari resepi untuk orang berpantang. 

Resepi Kerabu Pegaga :
Masa penyediaan : 15 minit / Masa memasak : 20 minit / Hidangan : 1 orang


Gambar Hiasan (Credit Gambar Mat Gebu)


Bahan A

  • 1 ikat pegaga
  • 2 ekor ikan gelama kering (dibakar dan dibuang tulang)
  • 1 inci halia muda (dihiris)
Bahan B
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
Cara Membuat
  1. Hiris daun pegaga halus-halus. Tumbuk ikan gelama kering sehingga hancur. Ketepikan
  2. Bahan yang ditumbuk tadi goreng di dalam kuali tanpa minyak. Masak sehingga bahan ini kering sedikit dan angkat.
  3. Di dalam mangkuk besar, gaulkan daun pegaga, halia, ikan kering, dan dan bahan yang digoreng tadi. Gaul sebati.
  4. Makan bersama nasi lembik yang masih panas. 
Selamat mencuba... 


salam sayang
mamazara

Prof.Dr.Muhaya

Saya suka orang ini...saya suka tokoh ini





Intipati daripada hasil penulisan beliau di dalam buku BIOGRAFI INSPIRASI Prof Dr.Muhaya...


Berfikir dengan akal, berasa dengan hati itu adalah hakikat kehidupan. Namun begitu, untuk mencapai tahap keimanan kita tidak berfikir dengan akal sahaja dan berasa dengan hati sahaja, tetapi kita menggunakan "mata akal" dan "mata hati" untuk menilai kebesaran Allah. Memandang dengan "mata hati", bermakna memandang dengan "keimanan". Lantaran itu, sebagai hamba-Nya, "celik mata akal" dan "celik mata hati" untuk melihat nikmat dunia dan menghargai setiap kejadian dan peristiwa, yang memberikan hasil kehidupan iaitu kesihatan, ketakwaan, kebahagiaan dan kewangan. 



Salam sayang
Mamazara
 

Hubungi Saya

Jawatan Kosong

Instagram

Tips & Info

Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in