Pages

Pulau Mabul

Seperti yang dijanjikan, inilah dia Pulau Mabul yang terletak di Daerah Semporna tempat kelahiran saya. Terima kasih kepada encik google, saya ambil gambar tau..saya ada banyak koleksi gambar Pulau Mabul ni dulu, tapi saya lupa letak kat mana dah.

Honeymoon dulu pun saya ke sini. Sayangnya saya tak jumpa gambar-gambar tu. Lupa letak mana. InsyaAllah kalau saya jumpa, saya masukan dalam blog ni okey. Saya pergi honeymoon angkut sekali adik beradik dan sepupu sepapat. Mula-mula tu bapa nak hantar kami berdua je ke sana, tapi entah macam mana boleh bocor pula ke telinga-telinga adik-beradik ni. Fikir nak bahagia, kita kena bahagiakan dan gembirakan orang lain dahulu. So angkut la sekali. Nasib baik bot bapa tu besar..siap boleh buat BBQ pula atas bot. Memang happening.


google

Lihatlah Pulau Mabul dari pemandangan atas udara, cantik kan. Subhanalllah, memang cantik dan indah ciptaan Allah swt itu memang takde cacat celanya.

google

Inilah yang dinamakan Water Villa atau floating chalet. Datang lah ke Semporna pulau-pulau Semporna ada banyak Water Villa ni, memang cantik dan mendamaikan. Sesuai la untuk yang datang honeymoon tu.

google

Dan yang ini adalah perkampungan suku kaum bajau laut yang ada di Pulau Mabul ini. Perkampungan ini ada yang dibuat atas darat dan laut. Tetapi bukan hanya suku kaum bajau laut je yang tinggal di sana, ada kaum bajau lain dan kaum suluk yang memang menghuni pulau ini. Mereka telah lama menetap di Pulau Mabul.

Saya sendiri mempunyai ramai kenalan dan kawan-kawan yang berasal dari Pulau Mabul ini. Kawan dan kenalan di zaman persekolahan dahulu. Pulau Mabul ni tak jauh pun dari kampung saya, saya dah banyak kali datang ke sini namun tetap tak jemu.

Dan pulau ni menjadi tempat mencari rezeki para nelayan kecil di Semporna, tak ketinggalan bapa saya. Bapa selalu bercerita tentang pulau-pulau yang ada di sekitar Semporna ini kepada saya. Saya memang berminat dan teruja tiap kali mendengar cerita darinya..

Panjang pula entry kali ni..sampai di sini saja ye saya kongsikan, owh ya kalau nak datang Semporna, kalau u all nak guna perkhidmatan bot sewa, hubungi saya tau.. InsyaAllah saya dapat membantu anda. Okey..bye..



Salam Sayang,
Merysah Rajis aka Mamazara
012-802 7915

10 Sebab Ke Semporna

10 Reason To Semporna!!

Alhamdulillah, beruntung jadi anak jati Daerah Semporna. Kini sudah berada dekat dengan kampung halaman sendiri, sudah tentu tidak menghalang diri dari menikmati dan mensyukuri keindahan alam yang Allah ciptakan buat Semporna. Kini Semporna terkenal di peringkat Antarabangsa disebabkan industri pelancongan yang begitu terkenal dengan pulau-pulau yang hebat dan cantik.

Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Sibuan dan pulau-pulau lainya menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negeri. Menjadi destinasi bagi mereka menggemarkan percutian dan pelancongan di lautan dan pulau-pulau.

MARILAH DATANG KE SEMPORNA!! 
Nak datang Semporna?? Jangan lupa hubungi saya tau.. InsyaAllah saya boleh bantu anda.

Credit: Pejabat Daerah Semporna.
Terdapat lebih 20 Operator Pelancongan wujud di Semporna bagi pengurusan Hotel/Resort, kursus menyelam (PADI Diving Course) bertaraf dunia, kidmat penyewaan bot untuk tujuan 'Island Hopping' dan memancing. Untuk keselamatan penyelam, TLDM Semporna (KD Sri Semporna) menyediakan khidmat rawatan kecemasan khas bagi menangani kes-kes kecederaan menyelam.

Untuk tujuan menyelam, 'Snorkeling', berkelah, berbulan madu, 'Island-Hopping' dan menginap di 'Resort' rumah-rumah air, anda boleh memilih untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini di Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Kapalai, Mataking, Pom-pom, Sibuan dan Taman Marin Tun Sakaran.

Bagi penggemar memancing, anda boleh memilih untuk memancing di laut atau di tepi pantai bahagian tanah besar Semporna. Perkhidmatan 'sewa bot' disediakan di sepanjang kawasan pantai. (Untuk Perkhidmatan sewa bot ini, anda boleh berhubung dengan saya) Peralatan memancing seperti joran, 'rapala', kail, tangsi dan lain-lain boleh anda dapatkan dengan mudah di Pekan Daerah Semporna.

Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di kawasan Tampi-Tampi merupakan kawasan yang sesuai bagi mereka yang suka mengkaji 'kehidupan lampau'

Credit : Pejabat Daerah Semporna
Kompleks pulau 'Taman Marin Tun Sakaran' merupakan 'mercu tanda' daerah Semporna. Dari jauh ia kelihatan seperyi seorang manusia yang sedang tidur. Dengan sebab itu ia dikenali sebagai 'Sleeping-Budha' bgai sesetengah pelancong. Taman Marin Tun Sakaran merupakan tempat untuk ladang-ladang penanaman rumpai laut (seaweed) yang terbesar di Sabah. Ia juga menjadi tempat kajian biologi marin bagi kebanyakan penyelam, saintis dan sentiasa menjadi pilihan fakulti-fakulti sains marin universiti dalam dan antarabangsa. Taman Marin Tun Sakran ditakdbir oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (Sabah Parks) yang mempunyai cawagannya di Semporna Sabah.



Pelbagai fasalitis yang sudah tersedia di Semporna. Jika anda memilih Semporna sebagai destinasi percutian anda, kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Semoga penulisan ini sedikit sebanyak akan membantu anda mengenali Semporna. InsyaAllah, akan ada entry2 yang menarik akan meyusul.

InsyaAllah, bagi pihak saya.. anda boleh mendapatkan KHIDMAT SEWA BOT. Murah dan Istimewa.!! Hubungi saya untuk maklumat lanjut, feel free and happy chating dan santai-santai aje..


Salam Hormat,
Merysah Rajis aka Mamazara
012-802 7915





Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan hari Jumaat yang mulia ini.

Semoga kita dapat melakukan sunah yang dianjurkan pada hari jumaat ini. Kalau tak dapat lakukan semua, sedikit2 pun xpe. Yang peting berterusan dan istiqamah.




Selamat beramal,
Mamazara

Dunia Dalaman Menentukan Dunia Luaran

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 


Dunia Dalaman menentukan Dunia Luaran.

Dunia dalaman ialah Fikiran dan Emosi
Emosi menentukan Tindakan
Tindakan menentukan Tabiat
Tabiat menentukan Perbuatan
Perbuatan menentukan Hasil Kehidupan
Hasil Kehidupan adalah :

  • Kesihatan
  • Ketenangan
  • Kebahagiaan
  • Kewangan


Salam pagi
Merysah Rajis
012-8027915

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia buat kita semua rakyat Malaysia. 


Salam 1 Malaysia
Merysah rajis

Bunga Anggerik or Orkid

Siapa suka bunga orkid?? cuba angkat tangan..wah wah tak angkat tangan pun takpe yang penting anda tersenyum terbaca tentang salah satu bunga kesukaan anda. Saya suka semua bunga..termasuk la bunga orkid ni.


Dalam istilah melayunya ialah Bunga anggerik. Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kalau kita di Malaysia ini Bunga Raya adalah bunga Kebangsaan kita. Baiklah next entry nanti saya tulis tentang Bunga Raya pula..



Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan orkid. Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan.


 

Hubungi Saya

Jawatan Kosong

Instagram

Tips & Info

Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in