Makna Dan Asal-Usul Bulan Sya'aban

Assalamualaikum semua.. Walaupun bulan Sya'aban sudah hampir ke penghujungnya, namun saya tetap ingin berkongsi dengan anda semua tentang asal usul nama bulan ini.

Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada para sahabat "Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Sya'aban?" Jawab para sahabat: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Sabda Rasullullah s.a.w: "Sebabnya, dalam bulan ini 'bercabang-cabang' dan amat banyak kebajikannya."

Kalimah Sya'aban itu (dalam huruf jawi) merupakan akronim yang mengandungi lima huruf:

1. Syin (sy) daripada kalimah syarfun, bererti kemuliaan.

2. "Ain ( ' ) daripada kalimah 'ulwun, bererti ketinggian

3. Ba' (b) daripada kalimah birrun, bererti kebajikan

4. Alif (a) daripada kalimah alfah, bererti berjinak-jinak

5. Nun (n) daripada kalimah nurun, bererti cahaya.

Kelima-lima maksud kalimah yang diwakili oleh setiap huruf dalam Sya'aban adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya khusus dalam bulan Sya'aban.

Salam Sayang
-mamazara-
 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in