Sup Ikan Haruan




 Alhamdulillah malam ni nak tulis tentang resepi. ResepiI ni istimewa khas ibu-ibu yang baru lepas bersalin, ataupun yang sedang berpantang. Orang tak berpantang pun boleh makan juga ye.. menu yang sihat dan sedap.

Banyak koleksi resepi-resepi khs untuk ibu berpantang ni yang ada dalam simpanan saya.. Maklum la masa mengandung dulu teramat rajin menyalin resepi-resepi untuk berpantang la kononya. Tak semua pun dapat di masak.

Jom cuba resepi ini

sumber foto : google

 Bahan A

  • 1 ekor ikan haruan sederhana besar (dibersihkan dan potong ikut suka)
  • 2 tangkai daun saderi/sup (dihiris)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1-2 keping asam gelugur
  • 2 inci halia (diketuk)
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air
Bahan B
  • 2 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
Cara Membuat

1. Masukkan semua bahan A kecualai daun saderi/sup dan daun bawang ke dalam periuk bersama bahan B yang ditumbuk tadi. Masakkan sempurna.

2. Apabila sudah masak, hidangkan ke dalam mangkuk sup dan taburkan daun saderi/sup dan daun bawang.

3. Makan bersama nasi lembik yang masih panas.

Selamat mencuba.! 
 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in