Niat ingin membantu lebih ramai orang mempunyai kesedaran tentang PSI(penyusuan susu ibu) sungguhpun saya bukanlah pakar yang di iktiraf dalam bidang ini, namun saya juga mempunyai sumber dan orang yang bertauliah sebagai tempat rujukan dan bertanya. Alhamdulillah, terima kasih di atas kebaikan mereka dalam membantu dan menyokong saya.
Zara usia sebulan, tiap kali habis menyusu tidur lena la dia |
Berbalik kepada tajuk kita 'Berapa Lama Perlu Menyusukan Anak?'. Dapat saya kongsikan di sini :-
- Susukan bayi hingga bayi kenyang dengan posisi dan lekapan yang betul.
- Biasanya, bayi menghisap kedua-dua belah payudara sebelum tertidur, tetapi ada yang menghisap sebelah payudara sahaja.
- Biarkan bayi menghisap sebelah payudara hingga kenyang dahulu sebelum dialihkan ke payudara sebelahnya.
- Bagi ibu yang tidak pasti berpa lama bayi perlu menyusu dan juga tiada penglaman sebelumnya, digalakkan mneyusu sebelah payudara selama 20 hingga 30 minit hingga bayi kenyang, sebelum beralih ke payudara sebelah lagi. Pastikan lekapan bayi pada payudara betul bagi memastikan bayi mendapat susu.
- Sekiranya bayi menolak payudara kedua, biarkan saja sekiranya bayi tertidur. Bagi sesi penyusuan seterusnya, mulakan dengan payudara yang sebelah lagi.
- Sekiranya payudara yang belum disusukan itu mula penuh dan ibu berasa tidak selesa, ibu disarankan memerah susu itu bagi disimpan.
- Sekiranya bayi menghisap kedua-dua payudara sebelum tertidur, mulakan dengan payudara yang kedua bagi sesi penyusuan berikutnya. Contohnya, ibu memberi payudara kanan kemudian payudara kiri sebelum bayi tidur. Berikutnya, ibu dapat memulakan penyusuan dengan payudara kiri terlebih dahulu. Begitulah seterusnya bagi setiap sesi penyusuan.
- Ada bayi yang menghisap sebentar sahaja di satu-satu payudara dan kemudian melepaskannya. Ibu-ibu perlu membuatkan bayi sendawa dahulu dan kemudian biarkan bayi menghisap payudara yang sama hingga dia kenyang.
Penyusuan susu ibu adalah satu pengalaman keibubapaan yang unik dan indah. Berikanlah yang terbaik untuk anak kita, sungguh susu ibu itu adalah hak mereka.
salam sayang
-mamazara-
0 ulasan:
Catat Ulasan