Pages

Petua Tercekik Tulang

Assalamualaikum wbt...salam jumaat penghulu segala hari., selawat serta salam buat junjungan Nabi SAW " Allahumma salli 'ala muhammadin wa'ala ali muhammad"




Ingat zaman kecil-kecil dahulu, kami adik beradik kalau nak makan ikan mesti tunggu mak. Kadang-kadang sebelum makan tu mak siap-siap asingkan isi ikan dengan tulangnya sebab takut tercekik tulang ikan. Ehhh sakit tahu tak tercekik tulang ikan. Dah lekat kat anak tekak tu, memang betul-betul buat kita tak selesa..sakit tak boleh nak telan liur.

Di rumah memang meriah dengan ikan, maklum je lah ayah nelayan. Bermacam jenis ikan yang ada..kadang-kadang saya sendiri tak ingat nama ikan-ikan yang ayah bawa balik ke rumah, tahu nak makan je.

Ada beberapa petua kalau dah tercekik tulang ikan ni, antaranya :

  • Minum air dalam tudung periuk
  • kalau rasa tercekik tu, cepat-cepat pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat. InsyaAllah tulang ikan itu akan terlepas
  • Kepal nasi pastu telan
  • Makan pisang
  • Tarik telinga kiri dan kanan, tapi jangan tarik sekuat hati pula.. nanti tercabut telinga lagi lah satu hal..hihihi




Tapi saya paling suka petua dari mak, memang amat-amat berkesan..menurut mak dia sendiri amalkan memang betul2 berkesan. Saya ni masa kecil kerap juga tercekik tulang ikan ni, apa taknya selalu sangat meratah ikan. Caranya macam ni, kalau dah rasa macam dah tercekik tulang tu diamkan diri, jangan gerak-gerakkan  lidah mahupun mengunyah. Dan yang paling penting jangan beritahu orang sebelah korang mahupun sesiapa yang berada disisi korang tu. Ambil segelas air, selawat 7kali dalam hati, beri isyarat jari kelingking dicelah2 atau tepi meja atau kerusi dan terus minum air yang dibacakan selawat tu tadi. InsyaAllah hilanglah tulang ikan tu..

Menurut orang tua-tua, orang yang lahir songsang tu kan ada kelebihannya. Mereka ni boleh membantu dalam kes2 tercekik tulang ni. Minta tolong je bacakan selawat air minum dalam gelas tu, lepas tu minta dia tepuk-tepuk belakang korang..itu orang tua-tua la cakap bukan saya pula ye..hihihi. Apapun boleh lah iktihar dan mencuba, tapi kalau dah kes parah tu pergilah hospital berjumpa doktor.





2 ulasan:

  1. selalu saya telan nasi je.. dengan harapan tulang tu pon ikut turun sekali.. hahaha,...

    BalasPadam

 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in