Kek Pisang yang Gebu..

Assalamualaikum dan selamat petang you alls :)

Petang ni hujan lebat pula di tempat saya ni. Mendung berarak awan kelabu, aikkk macam lirik lagu pula.hihihi. Alhamdulillah, hujan yang penuh rahmat membasahi bumi, kesejukkan memaksa saya dan cik zara berbaring-baring menyelimutkan diri. Sungguh zara ni takut bunyi hujan yang lebat dan guruh..pujuk-pujuk sampai dah tertidur.

Ceritanya, pagi tadi buat sarapan. Tetiba terlebih rajin dan rasa nak makan kek pisang. Mujur masih ingat resepi. Saya dah terlupa baca kat mana resepi kek pisang ni. Harap-harap empunya resepi mendapat kebaikan. InsyaAllah



Bahan-bahannya :
1 cawan pisang lenyek (pisang berangan) atau ikut korang la nak pisang apa
1 cawan minyak masak
1 1/2 gula
2 1/4 tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam 
4 biji telur
1 sudu teh ovelet (saya tambah sendiri) ni yang buat kek pisang saya tu gebu dan sangat-sangat lembut.
-bakar pada suhu 180 darjah selama 40 -45 minit-

Cara saya..semua bahan-bahan tadi saya blend je. hihihi. kecuali tepung tu kemudian. Blend selama 5 minit..pastu 5 minit lagi semua jd 10 minit la kan..hahaha ntah apa2 je la saya ni. Ok yang penting rehatkan blend setiap mencapai masa 5 minit. Dah siap, pastu masukan dalam bekas gaul rata bersama tepung. Boleh la isi dalam loyang dan bakar. Mudah kan.

Kek pisang ni betul-betul lembut dan gebu, yang paling best memang sedap. Banyak sangat hasilnya, boleh sambung untuk minum petang. Selamat mencuba semua.

Salam sayang
-mamazara-

 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in