Memetik dari tazkirah pagi ni, mamazara terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua tentang Mengapa Rezeki Susah Masuk.??
Antara sebab mengapa rezeki susah nak masuk :-
- Gemar meengungkit-ungkit pemberian
- Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu ini
- Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
- Riak bila bersedekah
- Banyak berbuat maksiat atau kemungkaran
- Tidak/kurang beristighfar
- Tidak bersyukur dan banyak mengeluh
Kita sedia maklum rezeki bukan sahaja berbentuk wang ringgit mahupun kemewahan, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain itu adalah rezeki.
Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memiliki rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu adalah nikmat yang paling azab di kemudian hari dan dia dipanggil 'istidraj' wallahualam.
salam sayang
-mamazara-
Terima kasih dgn prkongsiann ^^
BalasPadamhttp://ssurianahyana.blogspot.com/
sama2 dear :)
Padam