Ribuan tahun dahulu iaitu ketika kebanyakan bayi disusukan dengan susu ibu dalam tempoh yang panjang, gigi berlubang jarang berlaku, malah dapat dikatakan tiada.
Kajian lain yang dijalankan di Tehran Iran pada tahun 2008 juga menunjukkan PSI tidak menyumbang kepada risiko kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak kecil. Di Iran, kebanyakan ibu menyusu bayi mereka dalam tempoh masa yang lama.
Bagaimana Susu Ibu Melindungi Gigi Bayi?
- Susu ibu mengandungi mineral-mineral yang diperlukan bagi menguatkan gigi.
- Bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi di dalam mulut manusia tidak dapat menggunakan laktos sebagai sumber tenaga sebaik sukros.
- Laktoferrin yang terdapat dalam susu ibu menghalang zat besi digunakan oleh bakteria bagi membiak. Ia menghalang perkembangan bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi.
- Pembiakan bakteria di dalam mulut dihalang oleh antibodi, secretory IgA dan IgG di dalam susu ibu.
- Bayi baru lahir tidak mempunyai sebarang kuman di dalam mulutnya. Bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi dijangkiti melalui beberapa cara seperti kucupan dan berkongsi alatan makanan dan minuman.
Cantik tak gigi zara? hihihi |
Gambar kat atas tu, itu lah Az Zaharah Afrina or Zara sekarang dah 1 tahun 4 bulan. Gigi ada banyak sisa makanan sampai melekat-lekat kat dagu. Dalam keadaan terpaksa dan tak merelakan dirinya bergambar. Ini kerja makciknya la ni. Mujur saya ingat ada gambar ni, jadi model gigi dalam blog mamanya la. Sabar je la ye anak ku..dah makciknya tu geram sangat tengok gigi dia yang cantik.
Oleh itu, sebaik-baik makanan bayi baru lahir adalah susu ibu. Selagi tiada keuzuran yang menghalang kaum ibu, berusahalah dan teruskan tanpa rasa putus asa. Pastinya Allah akan memberikan rezeki susu ibu kepada bayi kita.
Nak banyak kan susu badan? Nak beri yang terbaik untuk si manja anda? mari dapatkan set penyusuan yang terbaik di sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan