Pages

Jeruk Mangga Asam Boi

Baca tajuk je kecur dah liur kan..kan..kan..

Macam dah jadi fenomena pula kebelakangan ini orang jual jeruk mangga asam boi ini secara online, ada juga yang cod.. Tak kurang hebatnya yang buat sendiri. Tengok wall fb kawan-kawan pun penuh dah dengan gambar-gambar jeruk mangga asam boi ni.. walla wei..sedap sangat ke tu? hihihi

Sudah tentu lah sedap!! saya sendiri pun dah buat, dah terkena tempiasnya fenomena jeruk mangga asam boi ni. Rasa masam, manis, masin dan pedas2..its so yummy.. Alhamdulillah, diberi nikmat merasa makanan lagi. Ada juga yang tak suka makan masam2 ni. Apa pun makan boleh, tapi bersederhanalah ye.


Ada juga yang buat jeruk epal hijau asam boi..macam-macam versi la, apa pun buah yang rasanya boleh buat jeruk tu bubuh lah asam boi dan cili. Asal anda suka dan perut boleh terima.

Tapi sekarang saya memang dah jarang sangat makan masam2 ni..masa mengidam dan mengandung dulu pun hanya sekali je rasanya saya teringan makan mangga mentah..itupun import dari kampung. Nak makan mangga kat kampung saya je..beli pasar or mana2 saya tak nak. Macam2 ragam orang mengidam ni kan.


Ini saya terpaksa makan seorang lah ni, suami tak makan yang pedas-pedas. Suami pun jenis peminat tegar buah mangga ni..suka sangat makan dengan garam dan kicap je, kalau ada asam boi serbuk tu pun jadilah. Saya tolong kupas dan tengok je la, sebab dah tak tergoda nak makan dah pun. Ini buat jeruk mangga asam boi ni pun saja2 nak merasa sedap ke tidak orang buat macam ni..

Haaa buat jangan tak buat tau..sedap ni.

Makan aiskrim hilangkan Tension!!

Alhamdulillah..sedapnya makan aiskrim petang2 macam ni. Dah lama rasanya tak makan aiskrim nie. Kali ni sebab nak releaskan tension.. Nyah kau jauh-jauh wahai tension!! tak suka tension lama-lama, nanti tak dapat nak buat dan berfikir dengan baik. Asyik layan perasaan yang tak baik, tak elok jugak kan.


Tadaaa...ini dia aiskrim Wall's Selection perisa strawberry cheesecake.Yummy sedap juga la. Ini pertama kali nak rasa perisa ni..biasa saya suka yang colat dan vanilla aje. Sekali sekali tukar rasa okey juga kan.


Makan sorang-sorang je, time cik zara tu tidur. Hihihihi tak boleh bagi kat dia, sat lagi dia nampak huru hara lah saya.. Takut nanti dia makan, selesema pula jadinya. Mana nak kalau takat nak rasa2 je, dia nak makan banyak juga tu.


Sebekas macam ni dah masuk 1 week kat dalam peti ais tu, tak boleh makan banyak2 dan berhabis. Jaga juga kesihatan dan diet seimbang okeyy..

Larangan menghukum anak menurut Islam


Islam itu indah menggariskan panduan buat kita dalam mendidik dan menghukum anak. Sungguh cantik akhlak Rasulullah dalam memuliakan kanak-kanak. Anak adalah amanah Allah, anugerah yang terbesar buat ibu bapa. Didikan yang baik itu adalah tanggungjawab yang besar yang perlu dilakukan.


google 

Oleh itu, Islam menggariskan 5 cara menghukum anak yang tidak dibenarkan. Mari saya kongsikan disini :

1. Memukul Wajah

  •  Rasulullah melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud " Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaklah menjauhi (memukul wajah)" 
2. Menampakkan Kemarahan Yang Ketara 
  • Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan  Rasulullah S.A.W "Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."
3. Memukul di dalam Keadaan sangat marah
  • Dari Abu Mas'ud al-Badri, dia berkata,"(suatau hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suaara (teguran) dari belakangku, 'Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud!' akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerana kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata 'Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud!' Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, 'Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,' maka aku pun berkata, 'Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini'.
4. Bersikap terlalu keras dan kasar
  • Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W, "Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan".
5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
  • Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Sumber : Detik Islam..

Nota Kaki : ....
Semoga Allah memberikan aku kesabaran dalam mendidik puteriku zara..semoga dia terlindung dari segala kejahatan yang datang dalam diriku. Aku hanya manusia biasa, tak lepas dari kesilapan..semoga dapat mengamalkan cara yang Rasulullah ajarkan kepada kita umatnya. InsyaAllah.






Di sakiti

Lumrahnya kita manusia biasa, selalu sahaja ingin membalas perbuatan yang dikira tak baik atau buruk. Malah amatlah sedikit untuk membalas semula kebaikan..selalu bertangguh dan berkira2, perlukah untuk balas semula budi baik orang tu..

Kalau rasa disakiti orang, cepat je kita nak balas balik perbuatan orang untuk melempiaskan dendam dan amarah kita.Kita nak orang tu rasa juga macam mana rasanya disakiti. Malah sanggup pula memberi kesakitan yang berganda-ganda. MasyaAllah, semoga Allah memberikan kita hidayah dan bersabar.



Sekiranya kita disakiti, ada baiknya kita diam dan bersabar. Pujuk hati sendiri. Berdoa pada Allah, mohon pertolonganNya. Lebih baik kita bersikap lemah lembut dan berhemah, InsyaAllah kebaikan akan datang kepada kita. Ingat pesan Rasulullah S.A.W "Janganlah kamu sakiti sesiapapun sekiranya kamu tidak mahu disakiti oleh orang lain"...


Salam Sayang
mamazara 

Mandi Bedak..

Haaa ini kes dera papa ni.. tak tahu mana zara dapat bedak ni. Mama tak pakai bedak macam ni pun. O..o..o.. dah ingat. Ini bedak nenek dia la. Hahaha.. baru jumpa gambar ni, kenangan masa bulan puasa lepas kat pahang balik nak beraya haritu...



Itu dia...ketiak papa dah jadi putih melepak dah aii. Geli hati tengok. hahaha. Mama tak pernah buat untuk zara pun letak bedak kat ketiak ni. Aduhaiiii, nampak siapa la agaknya.



Papa tak tahu lagi tentang gambar ni..hihihi. Takpe, keep the secret. Biar papa tahu sendiri.

Kucing Kesayangan Nabi S.A.W - Muezza

Sekarang ini hangat memperkatakan isu tentang 'kempen i want to touch a dog' di Petaling Jaya pada 19hb/10 lalu. MasyaAllah..terkedu juga tengok orang melayu dan islam peluk, pegang dan gendong anjing dalam gambar yang dikongsikan rakan2 dalam fb.. Astaghfirullah.

Yang sebenarnya entry ini bukan tentang kempen or isu tu..tapi saya lebih suka menyentuh tentang haiwan kesayangan nabi, kesayangan semua orang yang kita boleh peluk, cium dan gendong bawak tidur selimut satu bantal pun boleh..hihihi. Kucing la jawabnya.


google 
Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwuduk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah(bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.

google

Saya pernah ada kucing parsi seperti yang ada dalam gambar di atas..sama dan serupa sangat. Tapi sayang saya dah tak tahu letak mana gambar-gambar si baby parsi tu. Tak dapat jaga lama sebab mati sakit. Suami beli dengan kawan, ada lah dalam dua minggu dalam jagaan kami kucing tu mati. Kesian..sedih sangat suami masa tu, suami memang jenis suka sangat dengan kucing. 

Hanbok - Pakaian tradisi Korea

Salam berhujung minggu semua. Alhamdulillah diberi ruang untuk membuat entry. Seronok hujung minggu di kampung, cik zara pun suka sangat dapat jumpa sepupunya yang ramai tu. Dalam ramai2 berkumpul tu, nak dia seorang yang menang. Barang orang, barang dia..hahahaha. Sabar je lah

Kebetulan terlihat iklan tentang korea dalam tv tu, memaparkan tentang pakaian tradisi Korea. Iaitu Hanbok, wah sekali pandang hati saya terpaut. Teringin dan berangan-angan nak rasa memakainya. InsyaAllah..

Terima kasih encik google atas gambar-gambar cantik ni, saya kongsikan di sini.



Hanbok merupakan pakaian tradisional masyarakat Korea. Diperbuat daripada kain yang berwarna terang seperti hijau, merah, biru, kuning dan lain-lain lagi. Pemakaian hanbok merujuk semula sejarah silam di era Dinasti Joseon di mana hnabok dipakai sebagai pakaian rasmi dan tidak rasmi bagi kerabat-kerabat di -Raja.


Dalam arus pemodenan, pakaian hanbok masih diteruskan oleh masyarakat Korea walaupun telah mengalami perubahan dari segi reka bentuk, corak dan warna. Pakaian hanbok ini terdiri daripada bahagian iaitu baju, kain dan seluar.



Melihat saja pada reka bentuk hanbok ini, sungguh menjaga kehormatan wanita korea pada masa itu. Cirinya yang labuh, longgar dan tidak mendedahkan aurat. Memang terserlah ciri keperibadian dan keanggunan pada wanita yang memakainya.


InsyaAllah, semoga ada rezeki merasa pakaian tradisi Korea ini. Lagilah cantik kalau dapat dipadankan dengan hijab..


Salam hormat,
mamazara @ Merysah Rajis

Anak Genius - Sifat-sifat positif

Dalam masyarakat, ramai yang berpendapat orang yang cerdas, cemerlang, dan mempunyai kebolehan yang tinggi adalah anak yang cerdas akalnya Ada yang menyamakannya dengan gifted.  




Ya memang adalah satu anugerah yang Allah taala berikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bersifat genius.  Anak yang genius memiliki sifat-sifat positif, antaranya :

  • Mempunyai kecerdasan yang tinggi dan mampu menghasilkan hasil kerja yang bermutu.
  • Daya abstrak yang baik.
  • Kaya dengan idea-idea dan konsep pemikiran yamg imaginatif.
  • Dapat berfikir segala logik, kritikal, dan objektif
  • Analitis
  • Bijak menilai iaitu penilai yang kritikal
  • Sangat kreatif
  • Mudah belajar dan bekerja secara berdikari
  • Peka dan cepat menangkap apabila melihat sesuatu perkara ataupun peristiwa.
  • Sikap ingin tahu.
  • Cepat dan tepat dalam tindakan bagi menyelesaikan sebarang tugasan
  • Suka membuat experimen
  • Suka mengkaji dan menyelidik dengan cermat dan bersungguh-sungguh.
  • Mudah dan mampu menyelesaikan masalah
  • Pantas membuat sebarang kesimpulan dalam suatu perkara
Dan banyak lagi kalau nak disenaraikan disini.. 

Anak yang genius adalah anak yang luar biasa kecerdasannya, sehingga dapat mencipta sesuatu yang bernilai tinggi.


Shaklee menawarkan set cadangan untuk anak anda tampil sihat, bijak dan genius.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi dan order. Saya Merysah 012-802 7915. emel merysahmery@yahoo.com.




Demam Denggi

Apa itu Denggi?

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh.

Jenis-jenis penyakit denggi

  • Demam denggi Klasikal
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'
  • Demam denggi Berdarah
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal (selama 2 hingga 4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, pendarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera.

Agen Penyebab Penyakit Denggi.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan viris yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat empat jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Semua jenis srotype ini boleh meransang pembentukan antobodi jenis virus denggi. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melidungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5hari pada tahap awal penyakit.



Pembawa Agen Penyakit Denggi

Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk meruapakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.




Bersyukur dan Sabar

Alhamdulillah..

Semoga Allah menjadikan lidah dan hati kita ini sentiasa bersyukur, ringan mengucapkan kalimah 'Alhamdulillah'..dan semoga kesabaran sentiasa mengiringi jalan-jalan yang kita harungi dalam hidup ini.

credit : google

Semoga Allah permudahkan segala apa jua yang kita kerjakan.


Salam Sayang,
mamazara

Salam Aidiladha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha semua


Salam Ukhuwah
Mamazara
 

Hubungi Saya

Jawatan Kosong

Instagram

Tips & Info

Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in