Kelahiran bayi ini disambut dengan sukacita oleh keluarga Bani Hasyim. Di negeri Parsi, kelahiran Muhammad bin Abdullah memadamkan api-api keramat kaum majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak terpadam semenjak dihidupkan. Kelahiran Muhammad s.a.w juga menggoyangkan tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi dan menyebabkan panji-panji risalah terakhir dari Allah s.w.t untuk umat manusia.
Kita ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad s.a.w lahir, dinding istana Qisra retak dan menaranya roboh. Api di kuil-kuil penyembahan parsi padam. Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran Kaabah retak dan bergoncangan. Cahaya dari tubuh Muhammad s.a.w memancar naik ke lanagit dan menerangi semua tempat yang dilaluinya.
Anusyirwan dan pendeta-pendeta mendapat mimpi yang menakutkan. Ketika lahir, nabi kecil itu telah tersunat dan tali pusatnya pun sudah terpotong. Ketika lahir ke dunia, beliau berkata, "Allahu Akbar, Alhamdulillah. Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam".
Peristiwa yang mengawal kelahiran setiap nabi tidak ada yang terjadi secara kebetulan. Semua peristiwa itu berada dalam realiti dan perencanaan Allah s.w.t, khususnya yang berkenaan dengan kelahiran Muhammad s.a.w baik dalam kitab Taurat mahupun Injil.
Allah s.a.w berfirman di dalam al-Quran,
"Dan ingatlah ketika Isa putera Maryam berkata, "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah padamu, membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat pemberi khabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang sesudahku namanya Ahmada." Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan keterangan-keterangan, mereka berkata, "Ini adalah sihir yang nyata."
Surah as-Shaff
Ayat 6
Surah as-Shaff
Ayat 6
Semoga kita sentiasa basahkan diri dengan zikrullah dan selawat ke atas Nabi s.a.w.
0 ulasan:
Catat Ulasan