Pages

Darah Tinggi/Hipertensi



Hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklafikasikan sebagap penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali.

Hipertensi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi.



Setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Darah akan dipam dari jantung ke seluruh pembuluh darah setiap kali jantung berdenyut. Di antara degupan jantung, tekanan dalam pembuluh akan menurun. Bacaan tekanan darah direkodkan dalam dua nombor, contohnya 120/80.

Nombor yang pertama, 120, adalah tekanan darah pada dinding pembuluh darah apabila proses degupan jantung berlaku. Ia juga dikenali sebagai sistolik. Manakala, nombor kedua, 80, merupakan tekanan pada pembuluh darah ketika jantung berehat antara degupan jantung. Ia dikenali sebagai diastolik.

Sumber : Utusan Malaysia

Peristiwa Menarik Semasa Kelahiran Nabi Muhammad



Pada Subuh hari kelahirannya, keadaan Makkah dan sekelilingnya ketika itu berada di dalam keadaan damai dan menenaagkan jiwa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi, keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Makkah sebelum ini.

Kelahiran bayi ini disambut dengan sukacita oleh keluarga Bani Hasyim. Di negeri Parsi, kelahiran Muhammad bin Abdullah memadamkan api-api keramat kaum majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak terpadam semenjak dihidupkan. Kelahiran Muhammad s.a.w juga menggoyangkan tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi dan menyebabkan panji-panji risalah terakhir dari Allah s.w.t untuk umat manusia.

Kita ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad s.a.w lahir, dinding istana Qisra retak dan menaranya roboh. Api di kuil-kuil penyembahan parsi padam. Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran Kaabah retak dan bergoncangan. Cahaya dari tubuh Muhammad s.a.w memancar naik ke lanagit dan menerangi semua tempat yang dilaluinya.

Anusyirwan dan pendeta-pendeta mendapat mimpi yang menakutkan. Ketika lahir, nabi kecil itu telah tersunat dan tali pusatnya pun sudah terpotong. Ketika lahir ke dunia, beliau berkata, "Allahu Akbar, Alhamdulillah. Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam".

Peristiwa yang mengawal kelahiran setiap nabi tidak ada yang terjadi secara kebetulan. Semua peristiwa itu berada dalam realiti dan perencanaan Allah s.w.t, khususnya yang berkenaan dengan kelahiran Muhammad s.a.w baik dalam kitab Taurat mahupun Injil.

Allah s.a.w berfirman di dalam al-Quran,
"Dan ingatlah ketika Isa putera Maryam berkata, "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah padamu, membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat pemberi khabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang sesudahku namanya Ahmada." Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan keterangan-keterangan, mereka berkata, "Ini adalah sihir yang nyata."
Surah as-Shaff
  Ayat 6

Semoga kita sentiasa basahkan diri dengan zikrullah dan selawat ke atas Nabi s.a.w. 

Ramadhan Penghulu Segala Bulan



Rasulullah s.a.w memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, maksudnya:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya. Pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutupi dan para syaitan diikat. Juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperolehi kebaikan-nya maka dia tidak memperolehi apa-apa."

(HR: Ahmad dan An-Nasa'i)


12 Sifat Kawan Sejati Menurut Imam Al Ghazali


Alhamdulillah mari kita semak, sama ada kawan yang kita ada sekarang ini memiliki 12 sifat yang Imam Al Ghazali gariskan. Walaupun sebelum ni saya ada buat entry tentang kawan. Tapi apa salahnya kita kongsikan lagi ye.

12 Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam Al Ghazali :-



1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.

2. Jika kau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatan itu.

3. Jika kau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.

4. Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia menyambut dengan baik.

5. Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menhgargai kebaikan itu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka akan berupaya menutupinya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi.

9. Jika bencana menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu meringankan kesusahanmu itu.

10. Jika kau berkata benar kepadanya, nescahaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.

12. Jika kamu berdua sedang berbeda pdpat atau berselisih faham, nescahaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.

Ingat ke, bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan? Siapakah yang berada di samping mu? Siapakah yang mengasihi mu ketika kamu berasa tidak dicintai? Siapakah yang tetap bersama mu, walaupun ketika itu kamu tidak mampu memberikan apa-apa?

Itulah Kawan atau Sahabat anda! Adakah kita memiliki sahabat begitu? Ada baiknya kita memperbaiki diri kita terlebih dulu, sebelum kita layak digelar sahabat sejati.

Salam Sayang
-mamazara-








Sup Ikan Haruan




 Alhamdulillah malam ni nak tulis tentang resepi. ResepiI ni istimewa khas ibu-ibu yang baru lepas bersalin, ataupun yang sedang berpantang. Orang tak berpantang pun boleh makan juga ye.. menu yang sihat dan sedap.

Banyak koleksi resepi-resepi khs untuk ibu berpantang ni yang ada dalam simpanan saya.. Maklum la masa mengandung dulu teramat rajin menyalin resepi-resepi untuk berpantang la kononya. Tak semua pun dapat di masak.

Jom cuba resepi ini

sumber foto : google

 Bahan A

  • 1 ekor ikan haruan sederhana besar (dibersihkan dan potong ikut suka)
  • 2 tangkai daun saderi/sup (dihiris)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1-2 keping asam gelugur
  • 2 inci halia (diketuk)
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air
Bahan B
  • 2 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
Cara Membuat

1. Masukkan semua bahan A kecualai daun saderi/sup dan daun bawang ke dalam periuk bersama bahan B yang ditumbuk tadi. Masakkan sempurna.

2. Apabila sudah masak, hidangkan ke dalam mangkuk sup dan taburkan daun saderi/sup dan daun bawang.

3. Makan bersama nasi lembik yang masih panas.

Selamat mencuba.! 

Sifat Sahabat yang Baik

10 sifat sahabat yang harus kita hargai...



  1. Sahabat-sahabat yang ceria dan menceriakan
  2. Sahabat yang memberi ketenangan
  3. Sahabat yang suka berbaik sangka
  4. Sahabat yang tidak suka mengata
  5. Sahabat ikhlas
  6. Sahabat jujur
  7. Sahabat baik tutur katanya
  8. Sahabat berfikiran positif
  9. Sahabat baik hatinya dan niatnya
  10. Pendengar yang baik





Jenis-Jenis Fibroid

Anda boleh dapatkan set cadangan untuk membantu mengecutkan cyst dan fibroid di sini

Terdapat 4 jenis fibroid iaitu :



sumber foto : google

1. Intramural Fibroid
✔Ini adalah fibroid yang paling biasa dialami oleh wanita dimana fibroid tumbuh di dinding rahim & menyebabkan rahim menjadi bengkak. Fibroid ini akan nampak menonjol di luar atau dalam rahim.

2. Submucosal Fibroid
✔Fibroid jenis ini dijumpai didalam lapisan rahim dan jika tidak dirawat boleh membesar hingga ke dalam rahim itu sendiri. Fibroid jenis ini biasanya menyebabkan kesakitan dan pendarahan yang teruk semasa haid.

3. Subserosal Fibroid
✔Fibroid ini tumbuh di luar rahim dan biasanya tidak menyebabkan kesakitan. Ia boleh menjadi sangat besar sehingga perut kelihatan seperti wanita mengandung.

4. Pedunculated Submucosal Fibroid
✔Fibroid jenis ini melekat pada dinding rahim dan mempunyai tangkai yang panjang. Fibroid jenis ini menyebabkan pendarahan yang berpanjangan dan kesakitan semasa haid.


sumber foto : google
Jika anda dah tahu jenis-jenis fibroid, maka anda pun sudah tentu ianya boleh menyebabkan kesakitan. Persoalannya, adakah fibroid ini boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil? Jawapannya ialah YA. Ianya boleh menyebabkan ketidaksuburan. Oleh itu adalah penting untuk berusaha mengecutkan fibroid sebelum saiznya memcecah 5cm kerana pada kebiasaannya doktor akan menyarankan pembuangan secara pembedahan jika sudah mencapai saiz 5cm.

Anda boleh dapatkan set cadaangan shaklee untuk mengecutkan fibroid di sini


Makna Dan Asal-Usul Bulan Sya'aban

Assalamualaikum semua.. Walaupun bulan Sya'aban sudah hampir ke penghujungnya, namun saya tetap ingin berkongsi dengan anda semua tentang asal usul nama bulan ini.

Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada para sahabat "Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Sya'aban?" Jawab para sahabat: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Sabda Rasullullah s.a.w: "Sebabnya, dalam bulan ini 'bercabang-cabang' dan amat banyak kebajikannya."

Kalimah Sya'aban itu (dalam huruf jawi) merupakan akronim yang mengandungi lima huruf:

1. Syin (sy) daripada kalimah syarfun, bererti kemuliaan.

2. "Ain ( ' ) daripada kalimah 'ulwun, bererti ketinggian

3. Ba' (b) daripada kalimah birrun, bererti kebajikan

4. Alif (a) daripada kalimah alfah, bererti berjinak-jinak

5. Nun (n) daripada kalimah nurun, bererti cahaya.

Kelima-lima maksud kalimah yang diwakili oleh setiap huruf dalam Sya'aban adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya khusus dalam bulan Sya'aban.

Salam Sayang
-mamazara-

Berapa Lama Perlu Menyusukan Anak?

Alhamdulillah, kali ini mamazara nak kongsikan dengan anda semua tentang penyusuan. Harap ianya bermanfaat. Saya menyokong sepenuhnya PSI. Banyak buku-buku dan sumber yang saya baca sebagai panduan untuk menjayakan misi penyusuan untuk anak saya zara, dan saya memang suka berkongsi. Harap medan blog ini bermanfaat untuk semua.

Niat ingin membantu lebih ramai orang mempunyai kesedaran tentang PSI(penyusuan susu ibu) sungguhpun saya bukanlah pakar yang di iktiraf dalam bidang ini, namun saya juga mempunyai sumber dan orang yang bertauliah sebagai tempat rujukan dan bertanya. Alhamdulillah, terima kasih di atas kebaikan mereka dalam membantu dan menyokong saya.

Zara usia sebulan, tiap kali habis menyusu tidur lena la dia

Berbalik kepada tajuk kita 'Berapa Lama Perlu Menyusukan Anak?'. Dapat saya kongsikan di sini :-

  • Susukan bayi hingga bayi kenyang dengan posisi dan lekapan yang betul.
  • Biasanya, bayi menghisap kedua-dua belah payudara sebelum tertidur, tetapi ada yang menghisap sebelah payudara sahaja.
  • Biarkan bayi menghisap sebelah payudara hingga kenyang dahulu sebelum dialihkan ke payudara sebelahnya.
  • Bagi ibu yang tidak pasti berpa lama bayi perlu menyusu dan juga tiada penglaman sebelumnya, digalakkan mneyusu sebelah payudara selama 20 hingga 30 minit hingga bayi kenyang, sebelum beralih ke payudara sebelah lagi. Pastikan lekapan bayi pada payudara betul bagi memastikan bayi mendapat susu.
  • Sekiranya bayi menolak payudara kedua, biarkan saja sekiranya bayi tertidur. Bagi sesi penyusuan seterusnya, mulakan dengan payudara yang sebelah lagi.
  • Sekiranya payudara yang belum disusukan itu mula penuh dan ibu berasa tidak selesa, ibu disarankan memerah susu itu bagi disimpan.
  • Sekiranya bayi menghisap kedua-dua payudara sebelum tertidur, mulakan dengan payudara yang kedua bagi sesi penyusuan berikutnya. Contohnya, ibu memberi payudara kanan kemudian payudara kiri sebelum bayi tidur. Berikutnya, ibu dapat memulakan penyusuan dengan payudara kiri terlebih dahulu. Begitulah seterusnya bagi setiap sesi penyusuan.
  • Ada bayi yang menghisap sebentar sahaja di satu-satu payudara dan kemudian melepaskannya. Ibu-ibu perlu membuatkan bayi sendawa dahulu dan kemudian biarkan bayi menghisap payudara yang sama hingga dia kenyang.
Penyusuan susu ibu adalah satu pengalaman keibubapaan yang unik dan indah. Berikanlah yang terbaik untuk anak kita, sungguh susu ibu itu adalah hak mereka.

salam sayang
-mamazara-

Rabiatul Adawiyah

Pencinta Agung Mencari Cinta Ilahi..



Tidak mungkin bagi seseorang dapat mencapai tahap paling tinggi untuk memiliki keredhaan Allah s.w.t. Namun baginya cinta terhadap Yang Maha Pengasih melebihi segalanya. Bukanlah kerana dia mendambakan syurga atau neraka malah semua itu tidak menghantui kehidupannya.

Segala pergerakan dalam kehidupannya adalah berupa persembahan atas nama cinta dan kasihnya pada keagungan Yang Maha Suci. Dalam hatinya, seluruh pengabdiannya semata-mata dilakukan untuk Yang Maha Kuasa. Bukan untuk orang lain.

Keihklasan cintanya pada Yang Maha Penyayang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana wanita pada zamannya hinggalah kini. Rabiah Al-Adawiyah bukanlah sekadaar lagenda yang cukup untuk dibaca. Dia juga merupakan keindahan anugerah yang pernah diberikan oleh Maha Pencipta untuk umat manusia.

Sesungguhnya, cinta Maha Agung menjadikan semua pecinta berjaga sepanjang malam tanpa tidur dan makan.

Wahai Kekasih, jika engkau seorang pecinta, jadilah seperti lilin di malam hari, membara dalam ketenangan hingga menjelang pagi.
Rabiatul-Adawiyah

Itulah dia sang pecinta yang sejati. Setanding kah diri kita dengannya? MasyaAllah..sungguh hanya Allah yang berhak keatas cintanya Rabiatul Adawiyah.


salam sayang
-mamazara-

Hadith sahih

Tatkala Ibrahim, putera Rasulullah s.a.w. wafat, Rasulullah s.a.w. menyatakan, yang bermaksud, "Sesungguhnya Ibrahim adalah anakku. Dia meninggal dalam usia menyusu. Kedua-dua orang tua susunya akan menyempurnakan susuannya nanti di syurga."

Hadith Sahih Muslim Jilid 4,
Hadith bernombor 2146


Kek Pisang yang Gebu..

Assalamualaikum dan selamat petang you alls :)

Petang ni hujan lebat pula di tempat saya ni. Mendung berarak awan kelabu, aikkk macam lirik lagu pula.hihihi. Alhamdulillah, hujan yang penuh rahmat membasahi bumi, kesejukkan memaksa saya dan cik zara berbaring-baring menyelimutkan diri. Sungguh zara ni takut bunyi hujan yang lebat dan guruh..pujuk-pujuk sampai dah tertidur.

Ceritanya, pagi tadi buat sarapan. Tetiba terlebih rajin dan rasa nak makan kek pisang. Mujur masih ingat resepi. Saya dah terlupa baca kat mana resepi kek pisang ni. Harap-harap empunya resepi mendapat kebaikan. InsyaAllah



Bahan-bahannya :
1 cawan pisang lenyek (pisang berangan) atau ikut korang la nak pisang apa
1 cawan minyak masak
1 1/2 gula
2 1/4 tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam 
4 biji telur
1 sudu teh ovelet (saya tambah sendiri) ni yang buat kek pisang saya tu gebu dan sangat-sangat lembut.
-bakar pada suhu 180 darjah selama 40 -45 minit-

Cara saya..semua bahan-bahan tadi saya blend je. hihihi. kecuali tepung tu kemudian. Blend selama 5 minit..pastu 5 minit lagi semua jd 10 minit la kan..hahaha ntah apa2 je la saya ni. Ok yang penting rehatkan blend setiap mencapai masa 5 minit. Dah siap, pastu masukan dalam bekas gaul rata bersama tepung. Boleh la isi dalam loyang dan bakar. Mudah kan.

Kek pisang ni betul-betul lembut dan gebu, yang paling best memang sedap. Banyak sangat hasilnya, boleh sambung untuk minum petang. Selamat mencuba semua.

Salam sayang
-mamazara-

Makrifatullah...

Mengenal jati diri merupakan suatu keperluan yang seharusnya dimiliki oleh sesiapa pun, agar hidup tidak kehilangan arah bagaikan layang-layang yang putus, terbang mengikut angin.



Mengenal diri adalah langkah pertama menuju makrifatullah iaitu mengenal Allah. Inti mengenal Allah dan merasakan kehadiran Allah adalah zikrullah iaitu mengingati Allah dan merasakan kehadiran Allah dalam semua urusan dan keadaan.

Salam sayang
-mamazara-

Susu Ibu Melindungi Gigi

Segala pujian kepada Allah s.w.t, pencipta segala kebesaran dan keagungan alam semesta. Selawat salam buat junjungan mulia, Rasulullah s.a.w. Salam Jumaat penghulu segala hari.  Alhamdulillah bertemu lagi diruangan maya ini.

Ribuan tahun dahulu iaitu ketika kebanyakan bayi disusukan dengan susu ibu dalam tempoh yang panjang, gigi berlubang jarang berlaku, malah dapat dikatakan tiada.

Kajian lain yang dijalankan di Tehran Iran pada tahun 2008 juga menunjukkan PSI tidak menyumbang kepada risiko kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak kecil. Di Iran, kebanyakan ibu menyusu bayi mereka dalam tempoh masa yang lama.

Bagaimana Susu Ibu Melindungi Gigi Bayi?

  • Susu ibu mengandungi mineral-mineral yang diperlukan bagi menguatkan gigi.
  • Bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi di dalam mulut manusia tidak dapat menggunakan laktos sebagai sumber tenaga sebaik sukros.
  • Laktoferrin yang terdapat dalam susu ibu menghalang zat besi digunakan oleh bakteria bagi membiak. Ia menghalang perkembangan bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi.
  • Pembiakan bakteria di dalam mulut dihalang oleh antibodi, secretory IgA dan IgG di dalam susu ibu.
  • Bayi baru lahir tidak mempunyai sebarang kuman di dalam mulutnya. Bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi dijangkiti melalui beberapa cara seperti kucupan dan berkongsi alatan makanan dan minuman.
Cantik tak gigi zara? hihihi
Gambar kat atas tu, itu lah Az Zaharah Afrina or Zara sekarang dah 1 tahun 4 bulan. Gigi ada banyak sisa makanan sampai melekat-lekat kat dagu. Dalam keadaan terpaksa dan tak merelakan dirinya bergambar. Ini kerja makciknya la ni. Mujur saya ingat ada gambar ni, jadi model gigi dalam blog mamanya la. Sabar je la ye anak ku..dah makciknya tu geram sangat tengok gigi dia yang cantik.

Oleh itu, sebaik-baik makanan bayi baru lahir adalah susu ibu. Selagi tiada keuzuran yang menghalang kaum ibu, berusahalah dan teruskan tanpa rasa putus asa. Pastinya Allah akan memberikan rezeki susu ibu kepada bayi kita. 

Nak banyak kan susu badan? Nak beri yang terbaik untuk si manja anda? mari dapatkan set penyusuan yang terbaik di sini.



Gastrik Dan Ulser - Tanda-Tanda dan Rawatan

Baiklah pagi ni saya nak kongsikan hasil pembacaan tentang gastrik ni. Ada sesiapa tak di sini yang pernah atau menghidap gastrik? Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan, kasih dan sayangNya pada kita semua.

Menurut  Dr. Aminuddin Ahmad :

Gastrik
Tekanan (stress), ransangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Ulser
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur/menghadam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid  dan pepsin ini sepatutnya bertindak/menghadam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghadamkan/mencerna permukaan perut yang jua adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecerderaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser", katanya.

Punca-Punca Gastrik
  • Merokok
  • Meminum minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser
  • Tabiat pemakan yang tidak mengikut waktu
  • Gaya hidup yang tertekan (stress)
  • Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drugs (NSADs)
Setakat ini tiada bukti jelas mengaitkan makanan sebagai penyebab gastrik. Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang di hadapi.

Tanda-Tanda Gastrik 
  • Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
  • Sesetengah pesakit berasa gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
  • Pendarahan gastrousus boleh brlaku pada pesakit yang menderita gastrik yang lama, malah 25 hingha 30 % penyebabnya ialah hakisan (gastritis erosif)
Tanda-Tanda Lain
  • Kerap sakit kepala di bahagian kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan
  • Loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  • Demam
  • Sakit perut 
  • Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian badan digosok atau diurut.
Jenis-Jenis Gastrik
  1. Gastritis ringan - Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan
  2. Gastritis berat - Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
  3. Ulser gastrik (peptic ulcer) - Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada penyakit gastrik berat.
Rawatan
  • Makan  mengikut waktu
  • Elakkan junk food, jeruk kering atau basah (asam)
  • Elakkan minuman bergas dan alkohol
  • Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas
Cadangan Suplement Shaklee Untuk Gastrik
  1. ESP
  2. Ostematrix
  3. Peppermint Ginger Plus
  4. B-Complex
ESP
Mengurangkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. ESP bersifat alkali bercampur asid perut akan kurangkan hakisan pada dinding perut.

Ostematrix
Kaya dengan sumber kalsium. Kalau sakit gastrik kita digalakan minum susu sebab susu membekalkan kalsium, jadi kalau anda jenis susah nak minum susu ambil lah ostematrix

Peppermint-Ginger Plus
Membantu pencernaan dengan meransang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Kandungan bahan-bahan seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis memberikan rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

B-Complex
Membantu menghilangkan rasa sakit dan stress

Cegah dan rawatlah gastrik anda sebelum ia menjadi lebih teruk. InsyaAllah set cadangan untuk gastrik amat membantu dalam kesakitan yang anda alami. 

Hubungi saya : -

 




Mengapa Rezeki Susah Masuk?

Assalamualaikum semua..

Memetik dari tazkirah pagi ni, mamazara terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua tentang Mengapa Rezeki Susah Masuk.?? 

Antara sebab mengapa rezeki susah nak masuk :-
  • Gemar meengungkit-ungkit pemberian
  • Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu ini
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
  • Riak bila bersedekah
  • Banyak berbuat maksiat atau kemungkaran
  • Tidak/kurang beristighfar
  • Tidak bersyukur dan banyak mengeluh
Kita sedia maklum rezeki bukan sahaja berbentuk wang ringgit mahupun kemewahan, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain itu adalah rezeki.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memiliki rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu adalah nikmat yang paling azab di kemudian hari dan dia dipanggil 'istidraj' wallahualam.

salam sayang
-mamazara-

Saiz Perut Bayi

Masa mengandung dulu, ilmu tentang bayi ni amat-amat lah cetek. Asyik berangan je nak baby yang cantik n comel punya pasal dah bersalin baru lah terhegeh-hegeh nak belajar dan membaca. Haaa jangan jadi macam saya ye..tapi itu yang dulu la. (malu dengan diri senndiri)

Dah alang-alang membaca ni ada baiknya kita berkongsi kan..kan..jom! 

Saiz Perut Bayi

Seringkali ibu terutamanya ibu baru risau bayinya yang baru lahir tidak cukup susu. Tangisan bayi sering disalah anggap sebagai tanda bayi lapar, sedangkan bayi menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau kerana dia tidak berasa selesa. Keadaan bertambah mencabar bila banyak suara di sekeliling ibu yang menambah rasa gusar hati itu. Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan bayi.

Hakikatnya itulah yang terjadi pada saya dulu, selepas melahirkan zara. Saya melalui semua itu. Tapi Alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan untuk fully BF anak. Semoga rezekinya berkekalan.

Kuantiti susu yang diperlukan bayi baru lahir adalah sangat sedikit. Ini bersesuaian dengan saiz perutnya masa itu. Benarkah bayi menangis kerana lapar? Sedangkan ibu baru sahaja menyusukan bayi 5 minit yang lepas. Untuk itu, mari kita lihat, berapa besar perut bayi..


Ilmu itu penyuluh hidup. Susu ibu adalah hak anak, semoga ibu-ibu dipermudahkan untuk menyusu dan diberikan kejayaan. 






 

Hubungi Saya

Jawatan Kosong

Instagram

Tips & Info

Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in