Pages

Wanita Garang Cepat Tua..

Mengaku tak diri garang? 
Hahaha, saya ni garang tau..!
Iyake ni garang..??

Alahai tajuk entry saya ni..uolls mengaku cepat, siapa yang garang angkat tangan setinggi yang boleh..tinggi lagi..lagi.. Opss sory, Jangan marah haaa. Saya gurau je..takut la saya dengan orang garang ni, lagi la takut kalau cepat tua. Tua sebelum usia.. tak nak la macam tu.

Menurut Dr.HM Tuah, pakar motivasi yang terkenal dalam program motivasi kewanitaan, satu dunia manusia andainya wangi, dia akan menjadi tenang, tenang bermakna lebih cantik. Dalam tulisannya, suami yang ada isteri garang haruslah banyak diamkan diri, senyum ketika dileteri, bergurau, mengingatkan diri isteri dan perlihatkan contoh yang baik.

Rasullullah SAW bersabda, "Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaualan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskanlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut." - (Bukhari dan Muslim)

google
Peringatan bersama kepada isteri-isteri yang garang, ingatlah:
  • Garang itu boleh menjadikan anda seorang isteri yang derhaka.
  • Garang akan meletakkan anda pada satu kedudukan dipanggil Queen Control, kedudukan ini adalah buruk seperti selalu digambarkan dalam filem.
  • Jika anda garang, sebenarnya orang lelaki bukanlah takut, mereka malas hendak bergaduh atau memanjang-manjangkannya sahaja. Lama-lama akan mula bosan. Secantik mana pun anda kalau orang sudah menyampah, susah hendak dipulihkan balik.
  • Seseorang isteri itu akan semakin cantik apabila ia membatasi suaranya apabila bercakap, tidak terlalau lembut dan tidak pula terlalu kasar. Ada kalanya dia bermanja-manja seperti kucing, bukankah cantik begitu?
  • Keanggunan InsyaAllah akan melambatkan usia penuaan.
Haaa lepas ni tak nak la garang tak bertempat, nanti suami bosan dan malu lah sebab buat cepat tua. Haaa encik suami tolong jangan buat saya jadi garang tau.!!.. Para suami kat luar sana tu, tolong ye jangan buat isteri garang..tolong redakan kegarangan isteri, supaya isteri sentiasa cantik dan anggun.


Salam sayang
Mamazara

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in