Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah bertemu lagi dihari khamis yang indah ini, semoga hari-hari kita sebagai wanita mahupun surirumah atau pun yang bekerja dipermudahkan hendaknya.
Menjadi seorang wanita, isteri dan ibu bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ibu-ibu yang bekerjaya. Mana nak urus suami, urus anak-anak, urus rumahtangga, urus diri sendiri pun entah ke mana. Masa kita amat terbatas dengan pelbagai kerja dan urusan.
Allahumma solli ala Muhammad, waa ala alihi Muhammad. Bersyukur kita sebagai wanita kerana Rasulullah SAW mengangkat darjat dan meletakkan kedudukan wanita ditempat yang patut diberi kebahagian dan kemuliaan. Alhamdulillah.
Maka sebab itu Rasullullah SAW telah mengajarkan petua kepada puterinya iaitu Fatimah bilamana Fatimah mengadu meminta pertolongan supaya Ayahanda Tercintanya memberikan kepadanya seorang hamba sebagai pembantu untuk menguruskan rumahtangganya. Namun Rasullullah menolak permintaan puterinya itu.
Tetapi Rasullullah telah mengajarkan kepada Fatimah supaya sebelum tidur, baca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali. Rahsianya untuk menyenangkan dan permudahkan urusan seharian Fatimah.
InsyaAllah..kaum wanita khususnya ibu-ibu sama2 kita amalkan ye..
0 ulasan:
Catat Ulasan