Sumaiyyah - Wanita Pertama Mati Syahid

Diseksa dan dibunuh oleh Abu Jahal yang kejam..!


credit pic -google
Ketika itu Sumaiyyah hanyalah seorang wanita tua yang sudah lanjut usia dan tubuhnya tidak sekuat mana. Meskipun begitu, ibu tua yang lemah ini tetap pada imannya dan pada agama Islam.

Suatu hari Abu Jahal datang memujuk Sumaiyyah supaya keluar daripada agama Islam. Akan tetapi dia tidak dapat jawapan dari Sumaiyyah. Abu Jahal terlalu marah lantas mengeluarkan pedang dan menikam Sumaiyyah tepat di ulu hatinya. Matilah Sumaiyyah.

Rasullullah SAW sering melihat keluarga Yasir yang terus diseksa dan baginda memberitahu, "Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnyaa tempat kamu nanti adalah di dalam syurga".

Sumaiyyah bin Kayyat mati syahid sebelum hijrah dan dia antara orang pertama mati syahid di dalam Islam. Apabila kaum muslimin berhijrah dan mereka semakin kuat, maka di dalam perang Badar, Abu Jahal telah dapat dibunuh. Lantaran itu Nabi SAW berkata kepada Ammar, "Allah telah bunuh sipembunuh ibumu!"

Maka tercatatlah sejarah srikandi Islam yang pertama mati syahid di dalam Islam dan semoga syurga adalah balasan untuk ketaatanya dalam agama yang diperjuangkan olehnya.

*MasyaAllah..sungguh teguh iman mereka. Sungguh sabar dan kuatnya mereka dengan ujian seberat itu. Adakah hati kita ini pun punya keyakinan dan seteguh iman mereka? Semoga dihati kita ini ada Iman yang akan menyinari kehidupan kita untuk menelusuri Islam yang indah. Syurga  menjadi matlamat dalam hidup di akhirat sana. 


 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in