Menarik Selera Makan - Bento kreatif...

Assalamualaikum.. Salam penuh sweets untuk anda semua..

Ini dia my little princess, Az Zaharah Afrina dah genap setahun 9 bulan 4 hari. semalam baru je pergi klinik untuk penuhi appointment rutin pemeriksaan kesihatannya. Alhamdulillah, dia memang sihat satu anugerah yang wajib kita syukuri. Dan yang sebenarnya saya betul2 lupa tarikh untuk temujanji tu, dah tengahari baru ingat. nasib baik lah dapat pergi petang..kalau tak bising la pula cik misi nanti.



Baru-baru nie saya belajar sediakan hidangan yang kreatif untuk zara, memang sangat menarik dan cantik. Rasa sayang pula nak makan.hihihi. Zara pun suka dan teruja dapat hidangan sarapan pagi yang  comel loteh ini..tapi dia bukan sayang sampai tak makan..dia makan tau dengan penuh riang dan gembira. Mama pun suka.


Baby bear bento, comel kan. Cik zara makan dulu yang sekeliling tu. Lauk tu yang nak berhabis dulu nasi tu kemudian, walhal nasi tu la yang mama nak dia berhabis.



Dia memang suka makan semua jenis sayur-sayuran. Alhamdulillah, zara tiada allergik makanan. Seafood(ketam, sotong, udang, kerang) semua dah pernah makan. Sebab tu, sekarang ni menu keluarga menunya juga la. Cuma mama sekarang kena pandai sediakan makanan yang betul2 berkhasiat je, sebab cik zara ada menumpang makan. hihihi 



 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in