Khasiat Bendi

Dulu tak makan pun kacang bendi ni. Bila dah masuk alam kerja dan berdikari sendiri, berjumpa bermacam kawan, bermacam tradisi makanan, barulah berjinak-jinak makan berbagai jenis makanan. Jauh berjalan, luas pengalaman kan..memang betul lah tu.

Sekarang, pantang pula nak tengok. Rasa nak bedal je..tak kira la masak apa. Nak buat ulam pun boleh, nak tumis belacan pun sangatlah sedap, buat pedas-pedas giteww..



Dulu main makan je, tak tahu pun apa khasiatnya kacang bendi ni. Pada saya yang namanya sayur tu sudah tentulah baik untuk kesihatan. Al-maklum cetek ilmu pengetahuan. Dah banyak membaca ni, terjumpa artikel tentang bendi. Mari kita lihat khasiat bendi ni.


1. Membantu perkembangan otak, menguatkan daya ingatan.

2. Dalam bidang perubatan tradisional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin.

3. Menyembuh kudis dan bisul - Ambil air rebusannya kemudian sapu pada tempat bermasalah.

4. Rawatan sakit kerongkong - Air rebusan yang dicampur gula kemudian minum 3 kali seminggu

5. Mencuci hati

6. Menyejukkan dan melembutkan kulit - Ambil lendir bendi kemudian sapu pada kulit.

7. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

8. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Orang tua-tua ada petua untuk mudah bersalin, menurut mereka masa kandungan masuk lapan bulan atau 36 minggu supaya ibu yang hamil itu makan bendi setiap hari. Samada rebus atau buat ulam. Lendir bendi itu membantu ibu hamil mudah bersalin. InsyaAllah..



 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in