Doa sebelum makan dan pengertiannya...
"Ya Allah, Berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari seksa api neraka"
Dalam usaha mengajarkan doa-doa pendek harian untuk puteri kecilku ini, sepertinya saya pun baru dalam proses pembelajaran. Mana taknya, ada juga doa2 pendek yang saya sendiri tidak tahu akan maksudnya..walaupun dah hafal namun terkadang tu lupa juga.
Ini gambar masa usianya 3 bulan, botak selepas akikah ni. Comel kan dia.. :) |
Dan huruf hijaiyah yang dia boleh hafal setakat ini ialah 'Alif' 'Ba' dan 'Ta'.. Alhamdulillah itu dah cukup menghiburkan hati dengan gelagatnya yang comel itu. Namun, cuma saya takde kesempatan nak rakam videonya.. Dia pantang kita take pic dan video memang dia lari dan pegang sekali. hihihi
0 ulasan:
Catat Ulasan