Set Bedding Hello Kitty

Set Bedding Hello Kitty milik Az Zaharah Afrina..

Hari ini saja nak testing set bedding hello kitty yang saya belikan untuk tuan puteri saya yang comel tu..rupanya queen size..jadi mama terpaksalah nanti belikan dia set katil queen saiz. Harap2 jadi queen la ye.. InsyaAllah. hihihi. Queen of my heart!


Sebenarnya saya dalam misi nak sediakan personal room untuk my little princess ni, saya berfikir2 nak guna tema apa yang sesuainya untuk usianya. Memandangkan tak lama lagi zara dah nak 2 tahun, dalam 3 bulan lagi genap la usianya 2 tahun. Alhamdulillah..

Tema Hello kitty ni sesiapa pun boleh pakai, hatta orang dewasa pun tu kan. Sekarang sedang usaha nak kumpulkan koleksi hello kitty untuk bilik tidurnya nanti. Nak cari langsing, almari pakaian dan meja belajar tema hello kitty juga. Owh mama pula yang excited ni..

Owh ya set bedding hello kitty saya beli kat Lazada je..ada banyak koleksi yang cantik2 lagi dan yang paling penting murah tau, kainnya memang pure cotton. Amat lembut dan selesa. Harga rm95..beli kat luar pun dah cecah rm180++. Ibu2 kena rajin servey la ye kalau nak jimat.


Masuk-masuk bilik dia menjerit suka sebab nampak hello kitty yang colourfull ini..tak tunggu lama, terus je naik dan berguling-guling atas tilam tu. Part yang saya paling suka bila dia cium2 pic hello kitty. Aduhaiii anakku suka sangat.


Belum apa2 lagi dah merasmikan set bedding ini sambil bermain2 dengan anak patungnya itu. Layankan je la..dunia mereka.


Mama Sayang Zara...

 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in