Pages

Menarik Selera Makan - Bento kreatif...

Assalamualaikum.. Salam penuh sweets untuk anda semua..

Ini dia my little princess, Az Zaharah Afrina dah genap setahun 9 bulan 4 hari. semalam baru je pergi klinik untuk penuhi appointment rutin pemeriksaan kesihatannya. Alhamdulillah, dia memang sihat satu anugerah yang wajib kita syukuri. Dan yang sebenarnya saya betul2 lupa tarikh untuk temujanji tu, dah tengahari baru ingat. nasib baik lah dapat pergi petang..kalau tak bising la pula cik misi nanti.



Baru-baru nie saya belajar sediakan hidangan yang kreatif untuk zara, memang sangat menarik dan cantik. Rasa sayang pula nak makan.hihihi. Zara pun suka dan teruja dapat hidangan sarapan pagi yang  comel loteh ini..tapi dia bukan sayang sampai tak makan..dia makan tau dengan penuh riang dan gembira. Mama pun suka.


Baby bear bento, comel kan. Cik zara makan dulu yang sekeliling tu. Lauk tu yang nak berhabis dulu nasi tu kemudian, walhal nasi tu la yang mama nak dia berhabis.



Dia memang suka makan semua jenis sayur-sayuran. Alhamdulillah, zara tiada allergik makanan. Seafood(ketam, sotong, udang, kerang) semua dah pernah makan. Sebab tu, sekarang ni menu keluarga menunya juga la. Cuma mama sekarang kena pandai sediakan makanan yang betul2 berkhasiat je, sebab cik zara ada menumpang makan. hihihi 



Macam-macam Az Zaharah Afrina..

"Hawwo..hawwo...hawwooo..." (Hello..hello..hello..) Mcm tu la zara bila nampak telefon. Tengok je la pic dia tu macam dan conform sangat tu mendail nombor, sambil pandang-pandang orang. Lepas dah "hawwooo..hawwooo.." tu mula la bahasa yang kita sendiri tak faham..macam2 versi ada.


Masa ni menginap kat hotel prince dengan papa sekali, mama nak pergi kelas. Haaa tinggal lah dengan papa 


Di biar la ntah nombor apa yang di tekannya, pening tu receiptionist kat kaunter menyambut panggilan. hahahaha


Pic kabur..sebab masa ini bergerak aktif sangat..camera pula hak yg cikai2 je.. huhuhu 


Ini pula 'Doraemon versi zara'... Boleh pula dia jumpa laci dan terfikir untuk memuatkan diri masuk ke dalam laci tu. Alahaaiii zara.


Di sini dah mula takut-takut sebab laci tu mula dah tak stabil utk menampung berat badannya itu. Nasib baik mama ada dekat situ jadi guard, mahu terbalik rak laci tu. Haaa baru tahu takut... Semua benda nak cuba..sikit2 semua nak cuba, nak naik, nak rasa..sedang semangat belajar semua benda lah ni..


Doa Sebelum Makan



Doa sebelum makan dan pengertiannya...

"Ya Allah, Berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari seksa api neraka"

Dalam usaha mengajarkan doa-doa pendek harian untuk puteri kecilku ini, sepertinya saya pun baru dalam proses pembelajaran. Mana taknya, ada juga doa2 pendek yang saya sendiri tidak tahu akan maksudnya..walaupun dah hafal namun terkadang tu lupa juga.


Ini gambar masa usianya 3 bulan, botak selepas akikah ni. Comel kan dia.. :)


Alhamdulillah...saya dah praktiskan untuk mengajarkan Az Zaharah doa-doa pendek ini sejak dia berusia 6 bulan..setakat ini yang dia boleh sebut ketika membaca doa makan ini ialah 'aamiinnnn'. Owh ya sekarang usianya dah setahun 8 bulan. Agaknya lambat sedikit bercakap kan.

Dan huruf hijaiyah yang dia boleh hafal setakat ini ialah 'Alif' 'Ba' dan 'Ta'.. Alhamdulillah itu dah cukup menghiburkan hati dengan gelagatnya yang comel itu. Namun, cuma saya takde kesempatan nak rakam videonya.. Dia pantang kita take pic dan video memang dia lari dan pegang sekali. hihihi


Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang...

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati disatukan dengan apa? Jawapnya, dengan IMAN. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan...

Jadi viral sekarang ini isu isteri yang dah tak cantik, dah busuk dicurangi suaminya selama 6 tahun! Alasanya itu je lah..isteri dah tak cantik macam dulu..

Ikuti pesanan Ustaz Azhar Idrus ini..pesannya untuk suami yang curang.

google 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PESANAN USTAZ KEPADA SEORANG SUAMI YANG CURANG.
Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:
Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.
Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.
Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.
Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?
Suami : Tapi ustaz..
Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.
~ Like and Share ~
Sumber : Rahsia Hawa
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Set Bedding Hello Kitty

Set Bedding Hello Kitty milik Az Zaharah Afrina..

Hari ini saja nak testing set bedding hello kitty yang saya belikan untuk tuan puteri saya yang comel tu..rupanya queen size..jadi mama terpaksalah nanti belikan dia set katil queen saiz. Harap2 jadi queen la ye.. InsyaAllah. hihihi. Queen of my heart!


Sebenarnya saya dalam misi nak sediakan personal room untuk my little princess ni, saya berfikir2 nak guna tema apa yang sesuainya untuk usianya. Memandangkan tak lama lagi zara dah nak 2 tahun, dalam 3 bulan lagi genap la usianya 2 tahun. Alhamdulillah..

Tema Hello kitty ni sesiapa pun boleh pakai, hatta orang dewasa pun tu kan. Sekarang sedang usaha nak kumpulkan koleksi hello kitty untuk bilik tidurnya nanti. Nak cari langsing, almari pakaian dan meja belajar tema hello kitty juga. Owh mama pula yang excited ni..

Owh ya set bedding hello kitty saya beli kat Lazada je..ada banyak koleksi yang cantik2 lagi dan yang paling penting murah tau, kainnya memang pure cotton. Amat lembut dan selesa. Harga rm95..beli kat luar pun dah cecah rm180++. Ibu2 kena rajin servey la ye kalau nak jimat.


Masuk-masuk bilik dia menjerit suka sebab nampak hello kitty yang colourfull ini..tak tunggu lama, terus je naik dan berguling-guling atas tilam tu. Part yang saya paling suka bila dia cium2 pic hello kitty. Aduhaiii anakku suka sangat.


Belum apa2 lagi dah merasmikan set bedding ini sambil bermain2 dengan anak patungnya itu. Layankan je la..dunia mereka.


Mama Sayang Zara...

Sumaiyyah - Wanita Pertama Mati Syahid

Diseksa dan dibunuh oleh Abu Jahal yang kejam..!


credit pic -google
Ketika itu Sumaiyyah hanyalah seorang wanita tua yang sudah lanjut usia dan tubuhnya tidak sekuat mana. Meskipun begitu, ibu tua yang lemah ini tetap pada imannya dan pada agama Islam.

Suatu hari Abu Jahal datang memujuk Sumaiyyah supaya keluar daripada agama Islam. Akan tetapi dia tidak dapat jawapan dari Sumaiyyah. Abu Jahal terlalu marah lantas mengeluarkan pedang dan menikam Sumaiyyah tepat di ulu hatinya. Matilah Sumaiyyah.

Rasullullah SAW sering melihat keluarga Yasir yang terus diseksa dan baginda memberitahu, "Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnyaa tempat kamu nanti adalah di dalam syurga".

Sumaiyyah bin Kayyat mati syahid sebelum hijrah dan dia antara orang pertama mati syahid di dalam Islam. Apabila kaum muslimin berhijrah dan mereka semakin kuat, maka di dalam perang Badar, Abu Jahal telah dapat dibunuh. Lantaran itu Nabi SAW berkata kepada Ammar, "Allah telah bunuh sipembunuh ibumu!"

Maka tercatatlah sejarah srikandi Islam yang pertama mati syahid di dalam Islam dan semoga syurga adalah balasan untuk ketaatanya dalam agama yang diperjuangkan olehnya.

*MasyaAllah..sungguh teguh iman mereka. Sungguh sabar dan kuatnya mereka dengan ujian seberat itu. Adakah hati kita ini pun punya keyakinan dan seteguh iman mereka? Semoga dihati kita ini ada Iman yang akan menyinari kehidupan kita untuk menelusuri Islam yang indah. Syurga  menjadi matlamat dalam hidup di akhirat sana. 


Daun Lidah Buaya & Madu - Redakan Batuk Malam






Batuk yang melanda pada sebelah malam boleh menyebabkan pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, seisi rumah turut terganggu. Jika keadaan seperti ini menganggu diri anda, ambil isi daun lidah buaya lalu dihiris halus-halus kira-kira 20gm. Campurkan dengan madu kira-kira 40ml. Minum ramuan ini dua kali sehari selama lebih kurang tujuh hari.




Penderita perlu berpantang seperti berikut :

  • Kurangkan makanan manis
  • Elak tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
  • Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
  • Kurangkan makanan pedas
  • Banyakkan gizi (zat) dalam makanan harian


Wanita Garang Cepat Tua..

Mengaku tak diri garang? 
Hahaha, saya ni garang tau..!
Iyake ni garang..??

Alahai tajuk entry saya ni..uolls mengaku cepat, siapa yang garang angkat tangan setinggi yang boleh..tinggi lagi..lagi.. Opss sory, Jangan marah haaa. Saya gurau je..takut la saya dengan orang garang ni, lagi la takut kalau cepat tua. Tua sebelum usia.. tak nak la macam tu.

Menurut Dr.HM Tuah, pakar motivasi yang terkenal dalam program motivasi kewanitaan, satu dunia manusia andainya wangi, dia akan menjadi tenang, tenang bermakna lebih cantik. Dalam tulisannya, suami yang ada isteri garang haruslah banyak diamkan diri, senyum ketika dileteri, bergurau, mengingatkan diri isteri dan perlihatkan contoh yang baik.

Rasullullah SAW bersabda, "Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaualan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskanlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut." - (Bukhari dan Muslim)

google
Peringatan bersama kepada isteri-isteri yang garang, ingatlah:
  • Garang itu boleh menjadikan anda seorang isteri yang derhaka.
  • Garang akan meletakkan anda pada satu kedudukan dipanggil Queen Control, kedudukan ini adalah buruk seperti selalu digambarkan dalam filem.
  • Jika anda garang, sebenarnya orang lelaki bukanlah takut, mereka malas hendak bergaduh atau memanjang-manjangkannya sahaja. Lama-lama akan mula bosan. Secantik mana pun anda kalau orang sudah menyampah, susah hendak dipulihkan balik.
  • Seseorang isteri itu akan semakin cantik apabila ia membatasi suaranya apabila bercakap, tidak terlalau lembut dan tidak pula terlalu kasar. Ada kalanya dia bermanja-manja seperti kucing, bukankah cantik begitu?
  • Keanggunan InsyaAllah akan melambatkan usia penuaan.
Haaa lepas ni tak nak la garang tak bertempat, nanti suami bosan dan malu lah sebab buat cepat tua. Haaa encik suami tolong jangan buat saya jadi garang tau.!!.. Para suami kat luar sana tu, tolong ye jangan buat isteri garang..tolong redakan kegarangan isteri, supaya isteri sentiasa cantik dan anggun.


Salam sayang
Mamazara

Petua Isteri Sentiasa Cantik..

Assalamualaikum..dan salam sejahtera yang sudi singgah diblog usang ku ini. Buat anda wanita semoga malam ini, malam yang indah penuh dengan kasih sayang dan selamat menikmati masa rehat setelah disiang hari berhempas pulas dengan urusan2 kerja dan rumah tangga Alhamdulillah..

Saya percaya anda semua memang cantik dan anggun. MasyaAllah, memang cantik. Senyum la sikit, hiburkan hati..terapi hati. Tapi malam ni saya nak kongsikankan juga petua isteri untuk kelihatan sentiasa cantik. Nak selalu cantik tak??

Baiklah, setiap kali selepas solat Isyak tu kan, ambil segelas air dan bacakan :

  • Al-fatihah 1 kali
  • Ayat Kursi 1 kali
  • Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
Selepas membaca semua surah, tiupkan dan minum, semua wanita anda akan kelihatan cantik jika menjadikan ini sebagai amalan. InsyaAllah..sama-sama kita amalkan.





Di samping itu, bolehlah gunakan set2 penjagaan dan kecantikan wanita yang anda suka dan percayai. Yang penting ianya selamat digunakan untuk kulit anda.

Anda nak tahu vitamin-vitamin Shaklee yang membantu mencantikkan kulit anda?? 

Vitamin E dan banyak lagi.. 

Sudilah kiranya klik link yang saya berikan itu, dan kalau anda berminat boleh dapatkannya dengan saya. Saya akan berikan konsultasi terbaik untuk tips2 kecantikan anda. Hubungi saya ye..Merysah Rajis, 012-8027 915..


Salam Sayang
Mamazara

Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala

Boleh tak tidur dengan keadaan lampu yang masih menyala? Ada sesetengah orang tak boleh tidur kalau lampu tak menyala atau tak boleh tidur dalam keadaan yang gelap. Ada juga yangtak boleh tidur dalam keadaan yang gelap juga.

Dalam bilik tidur saya memang tak pasang lampu, tapi saya memang tak boleh tidur kalau dalam keadaan yang gelap gelita..biar ada sedikit cahaya yang malap2 sahaja.. selalu saya hanya hidupkan lampu ruang tamu, sebab rasa macam sesak nafas kalau tidur dalam keadaan yang terlalu gelap. Sudah tentu tak boleh tidur juga kalau dapat terus cahaya lampu yang menyala dari tempat tidur..



Menurut keratan majalah ini, Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko menghidap leukemia. Para ilmuan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser.

Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasislan bahan melatonin. Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakkan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Dari Abu Salim r.a., Nabi SAW bersabda,
"Kalau kamu tidur, jangan dibiarkan api menyala dalam rumahmu."

Rasullullah SAW sudah menggariskan panduan hidup untuk kita teladani dan ikuti, semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu kita dalam menjalani hidup harian. InsyaAllah.

16 Petanda Penyembuhan - Healing Crisis/Krisis Shaklee

Saya selalu tidak lupa mengingatkan customer mahupun kawan-kawan yang consume produk Shaklee tentang healing crisis ini. Saya pasti akan ingatkan mereka tentang kesan sampingan selepas pengambilan Shaklee, yang pastinya kesan yang kita tak ingini. Makan Shaklee sudah tentu nak sihat dan sembuh, tapi sebaliknya pula yang berlaku.

Itulah yang dinamakan kesan Penyembuhan ( Healing Crisis/Krisis ) - Klik link ini untuk info selanjutnya



Di sini saya senaraikan 16 Petanda Healing Crisis/Krisis


Kesan Penyembuhan #1: Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses Menyahtoksin. 

Kesan Penyembuhan #2: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme,Meransang fungsi imunisasi badan

Kesan Penyembuhan #3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

Kesan Penyembuhan #4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah

Kesan Penyembuhan #5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat

Kesan Penyembuhan #6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin

Kesan Penyembuhan #7: Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin Tanda kekurangan darah

Kesan Penyembuhan #8: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.

Kesan Penyembuhan #9: Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan

Kesan Penyembuhan #10: Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah

Kesan Penyembuhan #11: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon

Kesan Penyembuhan #12: Pendarahan Ketika Membuang Air
Penyebab/Petanda: Kemungkinan ada Buasir

Kesan Penyembuhan #13: Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)

Kesan Penyembuhan #14: Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati

Kesan Penyembuhan #15: Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang

Kesan Penyembuhan #16: Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat




Saya Pengedar Sah Sahklee.. COD area Kunak & Semporna. Poslaju seluruh Malaysia
Merysah Rajis/ ID : 948091
Sms/Whatsapp : 012-802 7915
Email : merysahmery@yahoo.com 

Rahsia SuriRumah Kuat dan Tangkas urus hal Rumahtangga

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah bertemu lagi dihari khamis yang indah ini, semoga hari-hari kita sebagai wanita mahupun surirumah atau pun yang bekerja dipermudahkan hendaknya.

Menjadi seorang wanita, isteri dan ibu bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ibu-ibu yang bekerjaya. Mana nak urus suami, urus anak-anak, urus rumahtangga, urus diri sendiri pun entah ke mana. Masa kita amat terbatas dengan pelbagai kerja dan urusan.

Allahumma solli ala Muhammad, waa ala alihi Muhammad. Bersyukur kita sebagai wanita kerana Rasulullah SAW mengangkat darjat dan meletakkan kedudukan wanita ditempat yang patut diberi kebahagian dan kemuliaan. Alhamdulillah.



Maka sebab itu Rasullullah SAW telah mengajarkan petua kepada puterinya iaitu Fatimah bilamana Fatimah mengadu meminta pertolongan supaya Ayahanda Tercintanya memberikan kepadanya seorang hamba sebagai pembantu untuk menguruskan rumahtangganya. Namun Rasullullah menolak permintaan puterinya itu.

Tetapi Rasullullah telah mengajarkan kepada Fatimah supaya sebelum tidur, baca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali. Rahsianya untuk menyenangkan dan permudahkan urusan seharian Fatimah.

InsyaAllah..kaum wanita khususnya ibu-ibu sama2 kita amalkan ye..


FAQ Healing Crisis/ Krisis - Proses Penyembuhan Shaklee

Pernah tak anda rasa makan apa-apa suplement sakit semakin menjadi-jadi? Lepas makan Shaklee bertambah sakit? Walhal nak makan suplement nak bertambah sihat!

Nak tahu kenapa?
Itulah namanya Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan.




Di sini kita rujuk dan beberapa FAQ tentang Healing Crisis

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

 Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihatsepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. 

Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjanguntuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi

Saya Pengedar Sah Shaklee.. cod area Kunak & Semporna. Poslaju seluruh Malaysia.
Merysah Rajis/ ID: 948091
Sms/Whatsapp : 012-802 7915
Email : merysahmery@yahoo.com


Khasiat Bendi

Dulu tak makan pun kacang bendi ni. Bila dah masuk alam kerja dan berdikari sendiri, berjumpa bermacam kawan, bermacam tradisi makanan, barulah berjinak-jinak makan berbagai jenis makanan. Jauh berjalan, luas pengalaman kan..memang betul lah tu.

Sekarang, pantang pula nak tengok. Rasa nak bedal je..tak kira la masak apa. Nak buat ulam pun boleh, nak tumis belacan pun sangatlah sedap, buat pedas-pedas giteww..



Dulu main makan je, tak tahu pun apa khasiatnya kacang bendi ni. Pada saya yang namanya sayur tu sudah tentulah baik untuk kesihatan. Al-maklum cetek ilmu pengetahuan. Dah banyak membaca ni, terjumpa artikel tentang bendi. Mari kita lihat khasiat bendi ni.


1. Membantu perkembangan otak, menguatkan daya ingatan.

2. Dalam bidang perubatan tradisional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin.

3. Menyembuh kudis dan bisul - Ambil air rebusannya kemudian sapu pada tempat bermasalah.

4. Rawatan sakit kerongkong - Air rebusan yang dicampur gula kemudian minum 3 kali seminggu

5. Mencuci hati

6. Menyejukkan dan melembutkan kulit - Ambil lendir bendi kemudian sapu pada kulit.

7. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

8. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Orang tua-tua ada petua untuk mudah bersalin, menurut mereka masa kandungan masuk lapan bulan atau 36 minggu supaya ibu yang hamil itu makan bendi setiap hari. Samada rebus atau buat ulam. Lendir bendi itu membantu ibu hamil mudah bersalin. InsyaAllah..



Doa Agar Anak Pandai Belajar

Alhamdulillah...syukur sangat2 hari ini network clear saja. Masanya kita berkunjung ke blog rakan2 yang mana lama tak pergi ziarah. Pada yang sudi melawat blog saya, terima kasih yang tak terhingga semoga kalian mendapat kebaikan.

Hari ini saya nak kongsikan satu doa yang boleh kita amalkan supaya anak pandai dalam pelajaran. Semoga bermanfaat untuk kita semua.



Maksudnya :
"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang telah tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak), dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud, dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu" - Al-Anbiya 21:79

Nak anak-anak cerdas dan cergas otaknya??
Haaa apa kata anda dapatkan Set Anak Sihat dan Bijak . Kebetulan bulan ini Promosi OmegaGuard, double promosi Shaklee beri untuk anda. Buy 6 free 1 dan Price combo twin yang memang menjimatkan duit anda berpuluh2 ringgit..

Rugi tau tak beli, seisi keluarga boleh amalkan. Anak yang seawal umur 1 tahun pun dah boleh beri omegaguard ini. Kini anda boleh mendapatkan minyak ikan terbaik didunia dengan mudah daripada setiap kapsul OmegaGuard Shaklee. Setiap kapsul OmegaGuard membekalkan asid lemak perlu omega 3 sebanyak 330 mg, EPA sebanyak 180 mg manakala DHA sebanyak 120 mg..

Macam mana nak dapatkan harga Promosi OmegaGuard ini?? 
Senang sahaja, hubungi saya Merysah Rajis pengedar sah Shaklee anda 012-802 7915 nak sms or whatsapp pun boleh atau email : merysahmery@yahoo.com..


Salam sayang,
Mamazara




 

Hubungi Saya

Jawatan Kosong

Instagram

Tips & Info

Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in