Assalamualaikum wbt buat semua..wah bahang raya semakin terasa. Sudah tentu dah sibuk buat persiapan raya kan.. Tak kira la dari baju, langsir, kuih muih dan makanan tradisi untuk raya. Semuanya dah dalam senarai yang harus di uruskan sebelum raya menjelang kan.
Dalam kesibukkan membuat persiapan raya tu, jangan lah gopoh dan terburu-buru. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Tahu anda semput, saya pun semput juga ni.hihihi. Gurau je. Apa pun buat dalam keadaan tenang dan bersabar, InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.
Foto Ehsan Google |
Baiklah, sebelum syawal menjelang ada baiknya anda mengetahui cara menyediakan ketupat agar memudahkan anda nanti. Semasa merebus ketupat, tutup periuk dan letakkan pemberat pada tudung periuk. Ini untuk mengelakkan ketupat daripada terapung di permukaan. Selalu perhatikan air rebusan ketupat, tambah jika air mula berkurangan tapi pastikan di tambah dengan air panas. Tukarkan ketupatdi bahagian atas dengan bahagian bawah dan sebaliknya, sehingga ketupat selalu terendam dalam air rebusan dan masak dengan sempurna. Ketupat akan jadi padat, sedap dan lembut isinya.
sumber : majalah wanita..
Selamat mencuba..
Ada petua satu lagi..LAgi elok ketupat tu hanya dikukus.. (Ketupat palas)
BalasPadam1) Dapat mengelakan dari hangit.
2) lemak ketupat tidak keluar semasa merebus...