Aidilfitri Bersama Keluarga Suami

Cerita Raya Pertama..

Alhamdulillah, tahun ni raya bersama keluarga belah suami. Dan merupakan raya pertama cik zara bersama atuk dan wan, pakcik makcik serta sepupu-sepupunya di Pahang. Cik zara la yang paling kecik dan cucu paling bongsu ni. Istimewa sikit, kami ni orang paling jauh datangnya. hihihi.. Kebetulan zara dan berumur 1 tahun 5 bulan. Terima kasih ya Allah.


Dah selesai solat sunat Aidilfitri, sesi salam bersalaman..memohon ampun dan maaf kepada mak dan apak. Suasana riang ria bersulam sebak dan sayu dalam kegembiraan sebab berpeluang berkumpul bersama seluruh ahli keluarga. Huhuhu..tahu apak tu dah nangis, tapi hati begitu utuh dan bertembok jitu. Riak muka dan anak mata dah merah.. sayunya.... 


Mak pula..pandang muka kami saja dah mengalir airmata, tak bersalam lagi memang dah tewas dengan air mata ni. Saya jua begitu..hihihi. cepat2 cover. Cucu-cucu tegur, "wan janganlah nangis" Sedih juga tau..sebab saya raya diperantauan juga la kiranya kan..keluarga di Sabah. Takpe, bergilir-gilir ye..


Ni anak dara pun nak bersalaman juga ni, Yeyyy dapat duit raya dari atuk tau..dapat je sampul raya tu terus je koyak. Alahai, habis renyuk kertas tu digigit-gigitnya. Sayang sampul pertama raya dari atuk tu cik zara oiii..


Alhamdulillah..ini gambar kami bersama. Tahun ni, tema purple. Mak de zara sekeluarga pun pakai color ni tau..so kami sedondon gitu.. Raya tahun ini, memang amat bermakna. terima kasih buat semua ahli keluarga yang melayan kami dengan baik. 

Selamat, hari raya aidilfitri. Maaf zahir  dan batin
 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in