Pages

Solat Witir


Alhamdulillah dah selesai terawih sekaligus witir kat surau. Bersyukur sangat sebab Cik Zara tak meragam tinggal dengan Kak Bik..walaupun masa nak keluar rumah tu dia tak tidur lagi. Intai-intai je dari buaian. Baik sungguh anak mama, semoga membesar menjadi anak yang solehah. InsyaAllah.

Sampai rumah dia pun masih tidur, jadi ini lah masanya untuk saya singgah blog ni. Nak blogwalking juga, tapi ntah kenapa network down sangat ni. Sabar je la. Nak berblogwalking pun tak lepas. InsyaAllah nanti saya singgah kat blog korang ye.

Baiklah..mari kita berbalik pada tajuk tulisan kali ni iaitu tentang Solat Witir..

Dinamakan solat witir sebab bilangan rakaatnya yang ganjil. Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Jadikan penghabisan (penutup) solatmu pada waktu malam dengan solat witir." (H.R Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam". (HR Muslim)

"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil) dan Allah menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." (HR Abu Daud dan Tirmizi)

Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiah) kepada kamu satu soalt, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta merah (unta yang terbaik). Itu lah Solat Witir". (HR Abu DAud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

"Solat witir adalaah benar. Sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami". Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim.)

Wallahu a'lam.

1 ulasan:

 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in