Pages

Strok



Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba. Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah. Kebanyakan strok berpunca daripada darah beku didalam arteri. Ia merupakan penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia. Strok boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan dada atau kedua-duanya sekali. Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun. Anda perlu mengetahui tanda-tanda amaran awal strok supaya rawatan kecemasan dapat dimulakan segera.

Tanda-tanda Amaran Strok Termasuklah:-
  • Terasa lemah atau kebas dimuka, tangan dan kaki di sebelah badan
  • Susah bercakap atau sukar difahami percakapannya
  • Mabuk atau pening dengan tidak ada sebab atau terjatuh tiba-tiba
  • Kelabu mata, khasnya melibatkan sebelah mata sahaja
  • Tidak sedarkan diri
  • Salah satu tanda pendarahan di otak ialah rasa pening yang teruk dan luar biasa yang berlaku dengan tiba-tiba.
Faktor Risiko Yang Tidak Boleh Dikawal:-
  • Umur : Kadar strok adalah dua kali ganda bagi setiap 10 tahun apabila seseorang itu melebihi umur 55 tahun
  • Jantina : Lelaki mempunyai kadar yang lebih tinggi daripada perempuan. Perempuan yang menggunakan pil perancang, dan merokok, mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi daripada perempuan-perempuan lain.
  • Diabetes : Penyakit strok yang berlaku dimasa lampau
  • Keturunan
Faktor Risiko Yang Boleh Dikawal:-
  • Darah tinggi : Darah tinggi adalah risiko yang paling penting untuk strok kerana ia dihadapi oleh ramai penduduk di Malaysia. Walau bagaimanapun, ia selalunya senang dikawal. Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggilah risikonya. Sebab utama kadar strok berkurangan ialah kerana adanya rawatan berkesan.
  • Penyakit Jantung : Jantung yang bermasalah merupakan satu pam yang lemah dan boleh menjadi sumber darah beku. Beberapa faktor penyakit koronari (aras kolesterol yang tinggi, merokok) juga merupakan faktor risiko strok.
  • Merokok
  • Kiraan Sel Darah Merah yang tinggi : Ketinggian kandungan sel darah merah adalah satu faktor risiko untuk strok kerana ini menyebabkan darah menjadi pekat dan memudahkan pembentukan darah beku.
  • Serangan Strok sementara (TIA) : Keadaan ini mempunyai ciri-ciri strok tetapi pulih dalam masa kurang dari 24 jam. Serangan strok sementara adalah amat penting, ia menandakan kemungkinan berlakunya strok. Ia selalunya dirawat dengan ubat yang menahan daripada berlakunya pembekuan darah.

Sumber : Portal Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in