Pages

Kurangkan Garam

Apa itu garam?

Garam adalah bahan yang memberi rasa masin. Ia boleh di dapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau yang tersembunyi seperti yang terdapat dalam sos, kicap, taucu, mayonis, keju, ikan masin serta serbuk dan kib perisa.

Adakah kita perlu garam?

Garam diperlukan untuk:

  1. kawal keseimbangan cecair badan
  2. fungsi otot dan saraf yang sempurna
  3. membantu kekalkan tekanan darah pada tahap yang normal
INGAT! pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah bagi sesetengah individu yang berisiko.

Berapa banyak garam yang diperlukan?

Kita hanya perlu ambil garam kurang daripada 6 gram (1 sudu teh) sehari, termasuk garam tersembunyi.


Tips Mengurangkan Pengambilan Garam
  • Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah-ratus.
  • Kurangkan penggunaan garam, perisa tiruan, kicap dan taucu dalam masakan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, sosej, burger dan makanan segera.
  • Kurangkan penggunaan mayonis dan keju dalam penyediaan makanan.
  • Kurangkan makanan ringan yang manis seperti keropok dan kacang bergaram.
  • Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin, telur masin, belacan, cencaluk, budu serta jeruk asin buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Baca label makanan dan elakkan membeli makanan yang kaya dengan natrium klorida dan monosodium glutamate (MSG)
  • Hadkan pengambilan garam kepada sudu teh (6 g) sehari. 
Panduan memilih makanan kurang garam semasa makan di luar
  • Minta makanan anda dikurangkan garam atau MSG.
  • Elakkan makanan berkuah seperti mi segera, mi bandung dan sebagainya.
  • Elakkan masakan tumis dengan ikan masin, contohnya sayur goreng ikan masin atau makanan dalam tin.
  • Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi tomato atau nasi goreng.
Garam yang berlebihan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi

Makan secara sihat, amalkan 5M 
  1. Mengurangkan gula
  2. Mengurangkan garam
  3. Mengurangkan minyak
  4. Melebihkan buah-buahan
  5. Melebihkan sayur-sayuran 

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia 


Doa Sebelum Tidur Dan Doa Sesudah Bangun Tidur


Dah tidur ke semua??..hmmm saya belum lagi nak mengantuk, tapi nak paksa diri juga tidur ni sebab esok kena keluar awal balik kampung hihihi. Tapi sebelum tu, saya nak buat entry ni dulu..doa sebelum tidur dan sesudah bangun tidur ya semua..

• Sebelum Tidur Membaca Doa :
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Keterangan :
Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :
عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ :  بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ
Ertinnya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)


Selamat Malam... 

Daun Senna Dalam Zaman Perubatan Rasullullah

Sejak zaman Rasullullah lagi, rupa-rupanya Daun Senna ini telah digunakan sebagai 'laxative' ataupun sebagai pelawas.

Daun Senna adalah antara bahan yang digunakan dalam Herba-Lax Shaklee. Daun Senna ini memang susah untuk didapati, ianya hidup dikawasan pergunungan dan bermusim.




Antara ramuan yang terdapat dalam Herba-Lax Shaklee

  • Senna Leaves : Cepatkan proses detoxs, kurangkan penyerapan lemak
  • Buckhorn Bark : Lembutkan najis, lembapkan usus
  • Licorice Root : Bantu proses detoxfikasi
  • Fennel Seeds : Mengeluarkan toksin, bantu pencernaan, bantu masalh sembelit, kembung perut.
  • Anise Seeds : Ransang pengeluaran jus gastrik untuk bantu proses pencernaan
  • Rhubarb Root : Antibiotik
  • Blue Marva Flower : Bantu proses detoxs, imbangi tekstur kulit
  • Culver's Root : Bantu masalah lebihan air, bantu masalah asma
  • Alfalfa Leaves : Bersihkan usus, darah dan hati





Cara Mengelak dari mendapat Kencing Manis

Mengawal pengambilan makanan
Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah.

Melakukan senaman fizikal 
Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu mengurangkan berat badan.

Ubatan :

  • Jika anda penghidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin.
  • Jika anda penghidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambila uabt hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin. Ubatan herba juga mungkin membantu.
Pengambilan Suplemen juga turut digalakkan. Klik di sini untuk maklumat suplemen yang perlu di amalkan bagi mengawal diabetes.

Pesakit Kencing Manis boleh hidup secara aktif

Anda boleh menjaga diri anda sendiri
Penjagaan secara umum : - 

Penjagaan Kulit :
  • Mandi setiap hari
  • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
  • Merawat luka dan calar dengan segera
  • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari
Penjagaan Kaki :
  • Basuh kaki setiap hari
  • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
  • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit
  • Potong kuku jari kaki secara lurus
  • Tukar stokin anda setiap hari
  • Jangan berjalan tanpa kasut
  • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai dipakai di luar rumah
Mengawasi diri sendiri
  • Anda digalakkan utnuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
  • Penjagaan gigi
  • Kerap menjalani pemeriksaan mata
  • Mengelakkan minuman keras
  • Berhenti merokok

*Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM


Komplikasi Kencing Manis/Diabetes

Bersambung dari penulisan saya pada entry yang lepas, jadi hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tanda-tanda ataupun komplikasi Kencing Manis.

Keadaan Kecemasan
  • Hipoglisemia - ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.
  • Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh dihasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengatuk dan tidak sedar diri.
  • Hoperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan (kronik)
  • Mata : Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
  • Saraf : Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki da gangrene.
  • Otak : Angin ahmar (hubung dengan strok)
  • Buah pinggang : Kegagalan buah pinggang
  • Jantung : Sakit Jantung


Tanda-tanda Amaran Kencing Manis

Apakah tanda-tanda amaran kencing Manis?

Gejala yang biasa dialami ialah : Haus/dahaga (haus yang berlebihan), letih, berat badan menurun, penglihatan kabur, otot lemah dan gatal.

Lain-lain gejala termasuk : penghidap penyakit kulit yang berpanjangan, luka yang lambat sembuh, kencing yang kerap, gatal pada bahagian kemaluan dan rasa kebas.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat Kencing Manis?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap diabetes. Walaubagaimanapun, anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidap diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT)
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar 9berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih)
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif - gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan - Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/kolesterol yang tinggi
Dapatkan suplemen Shaklee yang dapat mengawal dan mencegah Penyakit Diabetes ini. Di antara Suplemen Shaklee yang anda amalkan untuk diabetes ini adalah:

  • Vivix : Merupakan suplemen anti-penuaan terbaik dunia. Juga memelihara keihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga dan kesihatan dan kesihatan sejagat.
  • GLA Complex : Menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan oleh gula dalam darah yang tinggi.
  • B-Complex : Menukarkan makanan kepada tenaga, iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat, dan protein kepada tenaga sekaligus mengelakkan masalah keletihan.
  • Zinc : membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki diabetes.
Hubungi saya :








Sentuhan Prof.Dr.Muhaya..




Memetik tulisan dari Prof.Dr.Muhaya...

Tanamkan keyakinan lebih kepada Allah bahawa Allah sentiasa bersama-sama kita dan hanya Allah yang boleh membantu kita, bukan bergantung keyakinan kepada manusia. Manusia tidak boleh membantu kita seperti Allah membantu kita, kerana sifat Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang itu tidak akan sama dengan sifat pemurah dan kasih sayang manusia. Masalah manusia adalah kerana lebih yakin kepada manusia daripada menyakini Allah, dan lebih banyak meminta daripada manusia daripada berdoa kepada Allah dan lebih mencari penghargaan manusia daripada mencari redha Allah. Jom ingat Allah dan Kaabah menjadi kiblat kita setiap kali dalam solat. Jangan ubah kiblat hidup untuk keuntungan dunia yang sedikit..


Bersama audit diri kita...
-Mamazara-

Diabetes / Kencing Manis

Apa itu Kencing Manis/Diabetes Mellitus?

Kencing Manis / Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia.

Kencing Manis/Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Kencing manis/Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasil
kan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkaan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

  • Penyakit Kencing Manis @ Diabetes Mellitus adalah satu keadaan dimana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah di sebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh  kuranghormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami Kencing Manis/Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan para glukos tinggi dalam darah.
Apakah jenis-jenis Kencing Manis?

Jenis 1 - Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus (bergantung pada Insulin)
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
Jenis 2 - Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung pada insulin)
  • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang berumur dan berat badan berlebihan.

sumber : Google



Ayam Kampung Masak Selasih

Selamat mencuba..kepada para encik2 suami tu rajin2 la masak untuk isteri yang tengah berpantang tu ye..
Tunjukkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab anda kepada isteri tercinta.. kesian kan kalau dalam masa berpantang ni asyik bagi isteri makan biskut kering dan bubur kosong je kan, hihihihi


credit gambar : HomeKreation 

Bahan A

  • 1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong)
  • 1 cawan air
  • 1 teh sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 2 inci halia muda (dihiris batang mancis)
  • 1 ikat daun selasih/kemangi (ambil daunnya sahaja)
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 2 sudu teh pati ayam
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
Cara Membuat
  • Di dalam periuk, sangaikan dahulu bahan tumbuk. Apabila sudah naik bau, masukkan air, air asam jawa, ayam lada hitam, halia, pati ayam. Tutupkan periuk dan didihkan sebentar
  • Apabila ayam sudah empuk, tutupkan api dan masukkan daun selasih. Bubuh garam, kacau sebentar.
  • Makan bersama nasi lembik yang masih panas dan ulaman lain.


Salam Sayang
Mamazara




Tips Dan Petua Mudah Hamil Mengikut Cara Islam

Firman Allah SWT  dalam surah (asy-Syura: 49-50) yang bermaksud :

"Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa".

Anak adalah rezeki, amatlah beruntung kepada sesiapa yang telah dikurniakan anak lebih awal dari yang lain, bersyukurlah, jangan kufur dengan nikmat yang Allah berikan, jangan terlalu berbangga dengan kejayaan, kerana kejayaan itu milik Allah Taa'ala, bagi kita sebagai hamba hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kerana anak itu tercipta bukan kerana kuasa manusia.

Doa Dan Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

1. Pertama

Bersangka baik dengan Allah s.w.t serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa."

Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah SWT. Maka baginda menyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

2. Kedua

Bersangka baik dengan Allah SWT serta berdoa dengan Ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi."

Ayat ini berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya. Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk  mendapat zuriat. Selain itu, berikhtiharlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah s.w.t yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.

Amalan-Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Setelah berusaha denagn perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperolehi zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan menganggu keadan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa  kita di suruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa tersebut. Yang penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat Rasulullah SAW begitu juga dalam penutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

1. Amalan pertama 

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. ( Umpamanya : Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemuian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

2. Amalan kedua.
  • Suami hendaklah membaca "Ya Mutakkabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan Adanya) 333 kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/ surah Maryam setiap hari
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat darpada-Nya - Ustazah Siti Nor Bahiyah



Salam Ukuwah
Mamazara....




Tazkirah - Kamar Syurga

Tazkirah - Kamar Syurga...

Rasullullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi di dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tebus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat "untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam disaat manusia lelap dalam mimpinya."

Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli keluarganya, sampai berkecukupan, dengan begitu bererti telah termasuk orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap. "Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya

Resepi Ibu Berpantang - Kerabu Pegaga

Salam ceria..semoga hari ini, semua urusan dan rancangan kita semua berjalan dengan lancar, InsyaAllah..hmmm baiklah entry kali ini tetiba ingat pada resepi, resepi yang saya nak kongsikan ini adalah khas buat ibu-ibu muda atau suami yang begitu prihatin pada isterinya, tidak kurangnya ibu mertua atau ibu kandung sendiri ya...yang sedang online nak cari resepi untuk orang berpantang. 

Resepi Kerabu Pegaga :
Masa penyediaan : 15 minit / Masa memasak : 20 minit / Hidangan : 1 orang


Gambar Hiasan (Credit Gambar Mat Gebu)


Bahan A

  • 1 ikat pegaga
  • 2 ekor ikan gelama kering (dibakar dan dibuang tulang)
  • 1 inci halia muda (dihiris)
Bahan B
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
Cara Membuat
  1. Hiris daun pegaga halus-halus. Tumbuk ikan gelama kering sehingga hancur. Ketepikan
  2. Bahan yang ditumbuk tadi goreng di dalam kuali tanpa minyak. Masak sehingga bahan ini kering sedikit dan angkat.
  3. Di dalam mangkuk besar, gaulkan daun pegaga, halia, ikan kering, dan dan bahan yang digoreng tadi. Gaul sebati.
  4. Makan bersama nasi lembik yang masih panas. 
Selamat mencuba... 


salam sayang
mamazara

Prof.Dr.Muhaya

Saya suka orang ini...saya suka tokoh ini





Intipati daripada hasil penulisan beliau di dalam buku BIOGRAFI INSPIRASI Prof Dr.Muhaya...


Berfikir dengan akal, berasa dengan hati itu adalah hakikat kehidupan. Namun begitu, untuk mencapai tahap keimanan kita tidak berfikir dengan akal sahaja dan berasa dengan hati sahaja, tetapi kita menggunakan "mata akal" dan "mata hati" untuk menilai kebesaran Allah. Memandang dengan "mata hati", bermakna memandang dengan "keimanan". Lantaran itu, sebagai hamba-Nya, "celik mata akal" dan "celik mata hati" untuk melihat nikmat dunia dan menghargai setiap kejadian dan peristiwa, yang memberikan hasil kehidupan iaitu kesihatan, ketakwaan, kebahagiaan dan kewangan. 



Salam sayang
Mamazara

Az Zaharah Afrina - di usia 7 bulan

Usianya dah 7 bulan... Alhamdullillah



Sejuknya mata memandang...tersangat bahagia dengan anugerah Allah Yang Maha Agung ini. Hamba bersyukur ya Allah kerana Engkau hadirkan dia dalam hidup kami suami isteri. Berkat sifat-Mu Ya Rahman Ya Rahim..sungguh..sungguh..tak terucap rasa syukur yang melingkari segenap ruang dalam diri ini.. Alhamdulillah..

Kini dia dah berusia 7 bulan, pada hari ini 23/09/2013..bertambah-tambah telatahnya yang mencuit hati,tak kurangnya yang buat kita geram..Sekarang ni dah pandai 'menyakat' orang,terutama sekali dengan papanya..pantang nampak papa dia mula la buat bunyi 'haaaaahaaaahaaa'(bunyi suara keras sikit) sambil tangan buka besar-besar nak takutkan papa dia, sebab papa selalu buat macam tu, dia pun mengikut la..hahahaha

Nak dibuat cerita, baru-baru ni adik saya merangkap makciknya la kan.,datang rumah duduk sehari dua nak temankan kami berdua sebab papa outstation..adik saya baru je duduk melabuhkan diri ditepinya, tiba-tiba dia pun buat bunyi nya itu 'haaaahaaahaaaa' nak menyakat makciknya..apalagi adik pun terkejut pastu gelak kuat2..adik cakap kelakar dan cerdik sangat zara ni..

Buku kegemarannya adalah buku-buku kegemaran saya..buku-buku hasil tulisan Prof.Dr.Muhaya..bukan gemar membaca la kan mana tahu lagi, tapi gemar membelek-belek dan mengigit-gigit la kerjanya, tengok la kat gambar tu siap tayang-tayang lagi. Buku sendiri dia tak nak, buku edisi orang dewasa juga jadi pilihan hatinya. Zara ambil buku tu seolah-olah macam orang dewasa ambil dan pegang buku., cerdik orangnya. Alhamdullillah dia cepat belajar. mungkin sebab saya makan OmegaGuard Shaklee la..ini la penangannya..syukur. Siapa tak nak anak cepat belajar dan cerdik kan..kan..kan.. Nak anak cepat  belajar dan cerdik?? haaa makan OmegaGuard, beriklan seketika...hahahaha

Terima kasih Ya Allah di atas Anugerah terindah ini


Zara yang awesome!!

Az Zaharah Afrina yang awesome!!..



Alhamdulillah...pejam celik, pejam celik rupa-rupanya puteri ini sudah berusia 6 bulan.. Sudah banyak yang dia nak belajar. Banyak sungguh telatahnya yang melucukan tidak kurangnya yang buat kita geram..sungguh membahagiakan. Alhamdulillah..hmmmm cubit-cubit pipinya ooohhh tidak kulit dia sensitif sangat tak boleh nak cubit atau pegang-pegang ke cepat je naik kemerah-merahannya itu..

Seperti namanya 'Afrina' yang bermaksud 'putih kemerah-merahan'.. Tengok je dalam gambar tu dah tahu betapa lincahnya dia vs nakal....hihihihi banyak sungguh benda yang nak dikerjakannya. Alhamdulillah dalam proses belajar duduk, dah pandai tapi tak boleh biar lama lagi sebab penat, baru je lagi belajar duduk ni.

Makan pun tak sangat..memilih! Susu ibu juga la pilihan nombor 1 di hatinya itu...tapi bila nampak mama dan papa dia makan, cepat je mulut ternganga-nganga dan telan liur, nak je kalau menu orang dewasa, menu-menu khas untuk dia tolak tepi pandang sebelah mata je..makanan kita bulat je matanya itu..

Wahai anakku Az zaharah Afrina kelak engkau dewasa jadilah orang yang berguna..mama doakan mu wahai anakku mejadi anak yang solehah, cantik akhlakmu, diberikan kecerdasan dan kesihatan fizikal dan mental yang kukuh.. Semoga engkau berjaya dunia dan akhirat.. Allah sebaik-baik penjagamu, semoga engkau dijauhi dari segala kejahatan manusia, jin dan iblis...amiinnn ya rabbal alamin..

Salam penuh kasih & sayang
Mama & papa

Empat peringkat hidup manusia

Empat Peringkat Hidup Manusia

Entry kali ini adalah Intipati dari penulisan Prof.Dr.Muhaya, menurut beliau

....Dalam hidup ini, ada empat peringkat manusia, iaitu pertama adalah athelete stage, peringkat atlet. Maksudnya, fizikalnya begitu penting pada dirinya, ini adalah kategori orang yang suka berlebih-lebih.

Peringkat kedua adalah pahlawan. Pahlawan bermaksud, dia sentiasa mahu bersaing dan sentiasa pegang pada who to be the best. Orang begini, mengejar matlamat.

Peringkat ketiga pula adalah orang bangsawan. Orang bangsawan tidak mementingkan apa yang dia dapat, tetapi dia mementingkan apa yang dia beri.

Akhir sekali, peringkat keempat iaitu orang yang mengutamakan kerohanian. Hanya Allah mejadi tempat bergantung dan matlamatnya. Kita perlu ke arah itu.

Justeru, sekiranya kita masih mementingkan fizikal, ini bermakna, kita masih berada pada peringkat yang paling rendah, iaitu masih tidak berjumpa dengan Allah.



Maher Zain - Lirik lagu "Baraka Allahu Lakuma"

Selamat petang semua..semoga petang jumaat ini penuh keberkatan dan rahmat. Ramai pula kawan-kawan yang berkahwin masa syawal, Alhamdulillah terbinanya masjid atas dasar cinta pada Allah dan  rasulnya. Untuk itu..tetiba teringat pada lagu Maher Zain..jadi petang ni saya nak kongsikan lirik lagu ini sambil belek-belek album kahwin ye..hahaha mengenang alam persandingan dulu-dulu..jom layan

Nikahi aku..(me & husband)
"Baraka Allahu Lakuma"

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make you love
Last forever

Let's raise our hands and make Du'a (%)
Like prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

Baraka Allahu Lakuma Wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair
Baraka Allahu Lakuma Wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair

From now you'll share all you chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessing
and grants your kids who make your home
Filled with laughter

Sebarkan kebahagian dan kasih sayang sesama insan...


Power Pumping - Tips Meningkatkan Penghasilan Susu

Salam bahagia buat semua pembaca blog mamakuzara.com, semoga semua ceria di samping melakukan tugasan masing-masing. Rasa free sangat pula malam nie..owh si zara tidur lena rupanya. Kalau tak,biasanya saya yang tertidur dulu dari dia..kepenatan melayan kerenahnya. Apalagi cepat-cepat capai keyboard dan mulakan perkongsian sebelum tuan puteri terjaga dari tempat beradu.

Baiklah, entry kali ini saya nak kongsikan tips untuk meningkatkan penghasilan susu. Ramai ibu-ibu yang berpendapat bahawa hanya sumber makanan yang boleh membantu penghasilan susu, mungkin maksud mereka itu adalah amalan pemakanan seimbang. Ya, memang betul, namun ada cara dan teknik yang boleh ibu-ibu amalkan untuk meningkatkan penghasilan susu iaitu Teknik Power Pumping.

Apakah Power Pumping ??

Power Pumping adalah merupakan teknik mengepam yang boleh membantu penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan sekaligus meningkatkan bekalan susu ibu.




Siapakah yang perlukan Power Pumping ??

  • Ibu yang kekurangan bekalan air susu yang berusaha untuk meningkatkan penghasilan susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  • Ibu yang relaktasi/menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan.
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk meransang penghasilan susu.
Bagaimana teknik Power Pumping ?? 

Untuk Single Pump
~ Pump breast sebelah kanan terlebih dulu selama 10 minit, kemudian sebelah kiri pula selama 10 minit, tukar pula ke sebelah kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit secara berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump
~Pump kedua-dua belah breast serentak selama 10 minit, kemudian berhenti/rehat selama 10 minit. Sambung lagi selama 10 minit, dan rehat lagi selama 10 minit, berterusan selama sejam.

Power Pumping dilakukan sehari sekali, seeloknya pada waktu malam ke subuh, Sebab hormon badan sangat tinggi pada waktu ini.

Berapa lama hasilnya dapat dilihat ?? 

Janganlah anda ingat sekali buat air susu terus banyak. Teknik memerlukan masa sekurang-kurangnya selama seminggu. Walaupun hari pertama hasil pump setitik dua, atau pump angin semata-mata, namun jangan berputus asa, teruskan misi ini sehingga mendapat hasil yang anda inginkan. Jangan berputus asa, usaha, berdoa, tawakkal InsyaAllah akan dipermudahkan..

Bagaimana pula dengan ibu yang Bekerja ?? 

Anda sangat di sarankan membuat Power Pumping pada malam harinya, InsyaAllah susu tak kan berkurang, malah kalau kerap diamalkan, susu akan bertambah dari semasa ke semasa.

Saya sendiri telah mengamalkan teknik ini..di samping pengambilan set pnyusuan  hasilnya memang luar biasa dan saya berjaya mengumpulkan stok susu untuk anak. Air susu memang banyak, sehingga anak bf pun marah-marah sebab rasa lemas dek susu yang melimpah-limpah Alhamdulillah... 

Selamat beramal..dan semoga berjaya



Opick... Ramadhan Tiba

Alahai hati..tetiba teringat lagu Ramadhan yang di dendangkan oleh Opick.. Siapa tak kenal Opick yang merupakan penyanyi nasyid terkenal dari seberang (Indonesia)..Saya amat-amat meminati ke semua lagu-lagu hasil ciptaan beliau..Sungguh boleh menginsafkan dan mengusik jiwa dan hati sekaligus menimbulkan keimanan kepada Sang Pencipta.. Subhanallah.. Alhamdulillah.

Jadi entry kali nie jom layan lirik lagu Opick ya..santai-santai Ramadhan yang penuh berkat.

Ramadhan tiba..
Ramadhan tiba..
Ramadhan tiba..
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Ramadhan tiba
Ramadhan tiba
Ramadhan tiba
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka
Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
Yang dijanjikan kepada kita
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata
Banyakkan amal hari-harinya
Pahala datang berlipat ganda
berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia syurga nantinya
Ramadhan tiba
Ramadhan tiba
Ramadhan tiba
Dan semoga setiap jiwa
Di berikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan


Saya suka..harap anda semua pun suka :)

Salam Ramadhan
~mamazara~

Tanda-Tanda Bayi Mendapat Susu Yang Mencukupi

Assalamualaikum..tetiba teringat dengan blog nie. Sungguh kekangan masa amat-amat lah mencemburui, namun tetap nak gagahkan diri dan mencuri sedikit masa untuk mengetik-ngetik di keyboard hitam ku ini.. Sementara si baby tengah tidur jom layan blog sekejap.hihihi

Baiklah hari nie, saya nak kongsikan tips untuk mengetahui untuk mengenalpasti tanda-tanda bayi anda tidak mendapat air susu yang mencukupi. Kebanyakkan bayi yang baru lahir amat kerap menyusu iaitu 8 hingga 15 kali dalam sehari pada 3 atau 4 hari selepas lahir. Bayi akan terus menyusu begini sehingga 1 minggu sehingga dia mengurangkan penyusuan ke 8 atau 10 kali sehari.

Susukan bayi anda sekerap mungkin mengikut kehendaknya, walaupun anda dapati sudah tidak dapat melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama dalam menyempurnakan rutin penyusuan dengan bayi anda.




Tanda-tanda bayi anda mendapat susu yang mencukupi adalah :-

  • Bayi anda menyusu lapan atau sepuluh kali pada dua atau tiga minggu pertama
  • Buah dada anda akan berasa lebih lembut selepas penyusuan, ini kerana anda sudah melepaskan sepenuhnya air susu semasa bayi menghisap.
  • Kulit bayi anda tegang - cuba anda cubit, kulitnya akan segera menegang.
  • Sekurang-kurangnya anda menukarkan lampin si manja anda dalam enam kali sehari. Urin bayi anda berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Bayi anda kelihatan menelan semasa menyusu.
  • Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari ke lima selepas kelahiran.
Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda tersebut, anda sebenarnya sudah memberikan air susu yang mencukupi. Satu hal yang amat penting untuk menjayakan penyusuan anda, iaitu Keyakinan! Yakin anda boleh menyusukan bayi anda, dan boleh memberikan susu yang cukup. Minta lah bantuan dan nasihat dari ahli pediatrik, doktor, nurse dan bidan terlatih dan yang paling dekat keluarga itu IBU anda sendiri. InsyaAllah mereka boleh menyokong anda.


Salam Sayang
~mamazara~

Tips Berpuasa bagi Ibu Menyusu

Bersua kembali setelah rasanya dah  lama tak berblog nie..sungguh kekangan masa betul-betul mencemburui..oohh aku rindu nak mengetik-ngetik di keyboard ku ini,tapi sebagai ibu yang pertama kalinya menjaga sendiri rumahtangga memang butuhkan banyak kesabaran dan pengorbanan. Tidak semua apa yang kita impikan itu akan tercapai pada waktu yang singkat..so memang kena berusaha dan terus berusaha...

Wah panjang lebar la pula ye..hari ni dah masuk hari yang ke-4 di bulan ramadhan..selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarok. Semoga bulan yang mulia ini kita di limpahi rahmatNya yang tak berbelah bagi. InsyaAllah

Di sini saya nak kongsikan tips-tips untuk berpuasa bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sendiri..sungguh besar ya cabaran untuk kita sebagai ibu di bulan puasa ni. Selamat menjadi WonderMom in de world.,pasti kita semua akan mendapat balasan yang baik..






1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.

2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

3)Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.

7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)


9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.

12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi atau memerah susu.

13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.


Buah hati ku...

Zara Berusia 2 Bulan

Alhamdulillah...melihat anak membesar di depan mata adalah satu pengalaman yang membahagiakan bagi yang bergelar ibu dan ayah...Melihat perkembangannya dari hari ke hari membuat kita sang ibu bertambah bahagia..semacam nak berkata'cepatlah besar wahai anak ku' :)


 Zara masa berusia 2 bulan, dah pandai membalas senyuman..tengok la tu siap jelir-jelir lidah lagi. Masa demam2 pun masih mampu membalas senyuman dan bermain dengan si ayah..time nie dia sedang senyum kat ayah dia je la..hihihihi

Salam Sayang
~mama Zara~

Fadilat mencium Anak

                                   FADHILAT MENCIUM ANAK 

Gambar: ♥ FADHILAT MENCIUM ANAK ♥



(y) Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

(y) Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

(y) Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

(y) Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

(y) Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 

(y) Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

(y) Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

(y) Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

(y) Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”


 Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya



 Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.


 Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 


 Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.


 Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 


 Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”


 Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.


 Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak

lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

 Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”






Salam Sayang

~mamazara~

10 Surat dalam Al-Quran dapat mencegah 10 perkara


10 surat dalam Al-quran dapat mencegah 10 perkara




Salam sayang
~mamazara~
 

Hubungi Saya

Jawatan Kosong

Instagram

Tips & Info

Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in