Usianya dah 7 bulan... Alhamdullillah
Sejuknya mata memandang...tersangat bahagia dengan anugerah Allah Yang Maha Agung ini. Hamba bersyukur ya Allah kerana Engkau hadirkan dia dalam hidup kami suami isteri. Berkat sifat-Mu Ya Rahman Ya Rahim..sungguh..sungguh..tak terucap rasa syukur yang melingkari segenap ruang dalam diri ini.. Alhamdulillah..
Kini dia dah berusia 7 bulan, pada hari ini 23/09/2013..bertambah-tambah telatahnya yang mencuit hati,tak kurangnya yang buat kita geram..Sekarang ni dah pandai 'menyakat' orang,terutama sekali dengan papanya..pantang nampak papa dia mula la buat bunyi 'haaaaahaaaahaaa'(bunyi suara keras sikit) sambil tangan buka besar-besar nak takutkan papa dia, sebab papa selalu buat macam tu, dia pun mengikut la..hahahaha
Nak dibuat cerita, baru-baru ni adik saya merangkap makciknya la kan.,datang rumah duduk sehari dua nak temankan kami berdua sebab papa outstation..adik saya baru je duduk melabuhkan diri ditepinya, tiba-tiba dia pun buat bunyi nya itu 'haaaahaaahaaaa' nak menyakat makciknya..apalagi adik pun terkejut pastu gelak kuat2..adik cakap kelakar dan cerdik sangat zara ni..
Buku kegemarannya adalah buku-buku kegemaran saya..buku-buku hasil tulisan Prof.Dr.Muhaya..bukan gemar membaca la kan mana tahu lagi, tapi gemar membelek-belek dan mengigit-gigit la kerjanya, tengok la kat gambar tu siap tayang-tayang lagi. Buku sendiri dia tak nak, buku edisi orang dewasa juga jadi pilihan hatinya. Zara ambil buku tu seolah-olah macam orang dewasa ambil dan pegang buku., cerdik orangnya. Alhamdullillah dia cepat belajar. mungkin sebab saya makan OmegaGuard Shaklee la..ini la penangannya..syukur. Siapa tak nak anak cepat belajar dan cerdik kan..kan..kan.. Nak anak cepat belajar dan cerdik?? haaa makan OmegaGuard, beriklan seketika...hahahaha
Terima kasih Ya Allah di atas Anugerah terindah ini
0 ulasan:
Catat Ulasan