Garam adalah bahan yang memberi rasa masin. Ia boleh di dapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau yang tersembunyi seperti yang terdapat dalam sos, kicap, taucu, mayonis, keju, ikan masin serta serbuk dan kib perisa.
Adakah kita perlu garam?
Garam diperlukan untuk:
- kawal keseimbangan cecair badan
- fungsi otot dan saraf yang sempurna
- membantu kekalkan tekanan darah pada tahap yang normal
INGAT! pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah bagi sesetengah individu yang berisiko.
Berapa banyak garam yang diperlukan?
Kita hanya perlu ambil garam kurang daripada 6 gram (1 sudu teh) sehari, termasuk garam tersembunyi.
Tips Mengurangkan Pengambilan Garam
- Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah-ratus.
- Kurangkan penggunaan garam, perisa tiruan, kicap dan taucu dalam masakan.
- Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, sosej, burger dan makanan segera.
- Kurangkan penggunaan mayonis dan keju dalam penyediaan makanan.
- Kurangkan makanan ringan yang manis seperti keropok dan kacang bergaram.
- Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin, telur masin, belacan, cencaluk, budu serta jeruk asin buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Baca label makanan dan elakkan membeli makanan yang kaya dengan natrium klorida dan monosodium glutamate (MSG)
- Hadkan pengambilan garam kepada sudu teh (6 g) sehari.
Panduan memilih makanan kurang garam semasa makan di luar
- Minta makanan anda dikurangkan garam atau MSG.
- Elakkan makanan berkuah seperti mi segera, mi bandung dan sebagainya.
- Elakkan masakan tumis dengan ikan masin, contohnya sayur goreng ikan masin atau makanan dalam tin.
- Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi tomato atau nasi goreng.
Garam yang berlebihan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi
Makan secara sihat, amalkan 5M
- Mengurangkan gula
- Mengurangkan garam
- Mengurangkan minyak
- Melebihkan buah-buahan
- Melebihkan sayur-sayuran
sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
0 ulasan:
Catat Ulasan