Pages

Tips Dan Petua Mudah Hamil Mengikut Cara Islam

Firman Allah SWT  dalam surah (asy-Syura: 49-50) yang bermaksud :

"Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa".

Anak adalah rezeki, amatlah beruntung kepada sesiapa yang telah dikurniakan anak lebih awal dari yang lain, bersyukurlah, jangan kufur dengan nikmat yang Allah berikan, jangan terlalu berbangga dengan kejayaan, kerana kejayaan itu milik Allah Taa'ala, bagi kita sebagai hamba hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kerana anak itu tercipta bukan kerana kuasa manusia.

Doa Dan Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

1. Pertama

Bersangka baik dengan Allah s.w.t serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa."

Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah SWT. Maka baginda menyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

2. Kedua

Bersangka baik dengan Allah SWT serta berdoa dengan Ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi."

Ayat ini berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya. Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk  mendapat zuriat. Selain itu, berikhtiharlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah s.w.t yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.

Amalan-Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Setelah berusaha denagn perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperolehi zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan menganggu keadan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa  kita di suruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa tersebut. Yang penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat Rasulullah SAW begitu juga dalam penutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

1. Amalan pertama 

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. ( Umpamanya : Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemuian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

2. Amalan kedua.
  • Suami hendaklah membaca "Ya Mutakkabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan Adanya) 333 kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/ surah Maryam setiap hari
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat darpada-Nya - Ustazah Siti Nor Bahiyah



Salam Ukuwah
Mamazara....




0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in