Baiklah hari nie, saya nak kongsikan tips untuk mengetahui untuk mengenalpasti tanda-tanda bayi anda tidak mendapat air susu yang mencukupi. Kebanyakkan bayi yang baru lahir amat kerap menyusu iaitu 8 hingga 15 kali dalam sehari pada 3 atau 4 hari selepas lahir. Bayi akan terus menyusu begini sehingga 1 minggu sehingga dia mengurangkan penyusuan ke 8 atau 10 kali sehari.
Susukan bayi anda sekerap mungkin mengikut kehendaknya, walaupun anda dapati sudah tidak dapat melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama dalam menyempurnakan rutin penyusuan dengan bayi anda.
Tanda-tanda bayi anda mendapat susu yang mencukupi adalah :-
- Bayi anda menyusu lapan atau sepuluh kali pada dua atau tiga minggu pertama
- Buah dada anda akan berasa lebih lembut selepas penyusuan, ini kerana anda sudah melepaskan sepenuhnya air susu semasa bayi menghisap.
- Kulit bayi anda tegang - cuba anda cubit, kulitnya akan segera menegang.
- Sekurang-kurangnya anda menukarkan lampin si manja anda dalam enam kali sehari. Urin bayi anda berwarna jernih dan tidak berbau.
- Bayi anda kelihatan menelan semasa menyusu.
- Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari ke lima selepas kelahiran.
Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda tersebut, anda sebenarnya sudah memberikan air susu yang mencukupi. Satu hal yang amat penting untuk menjayakan penyusuan anda, iaitu Keyakinan! Yakin anda boleh menyusukan bayi anda, dan boleh memberikan susu yang cukup. Minta lah bantuan dan nasihat dari ahli pediatrik, doktor, nurse dan bidan terlatih dan yang paling dekat keluarga itu IBU anda sendiri. InsyaAllah mereka boleh menyokong anda.
Salam Sayang
~mamazara~
0 ulasan:
Catat Ulasan