Wah panjang lebar la pula ye..hari ni dah masuk hari yang ke-4 di bulan ramadhan..selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarok. Semoga bulan yang mulia ini kita di limpahi rahmatNya yang tak berbelah bagi. InsyaAllah
Di sini saya nak kongsikan tips-tips untuk berpuasa bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sendiri..sungguh besar ya cabaran untuk kita sebagai ibu di bulan puasa ni. Selamat menjadi WonderMom in de world.,pasti kita semua akan mendapat balasan yang baik..
1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat
perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.
2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan
mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan
bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.
3)Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari
kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium
dalam badan. malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga
berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu
ibu.
4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan
lasak.
5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang
kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga
segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau,
buah-buahan, oat dan sebagainya.
7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu
malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)
9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti
daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium
yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.
10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda
dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan
sembelit.
11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu
kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka
semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.
12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa
tetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi atau memerah susu.
13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk
menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk
mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan