Baiklah, entry kali ini saya nak kongsikan tips untuk meningkatkan penghasilan susu. Ramai ibu-ibu yang berpendapat bahawa hanya sumber makanan yang boleh membantu penghasilan susu, mungkin maksud mereka itu adalah amalan pemakanan seimbang. Ya, memang betul, namun ada cara dan teknik yang boleh ibu-ibu amalkan untuk meningkatkan penghasilan susu iaitu Teknik Power Pumping.
Apakah Power Pumping ??
Power Pumping adalah merupakan teknik mengepam yang boleh membantu penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan sekaligus meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapakah yang perlukan Power Pumping ??
- Ibu yang kekurangan bekalan air susu yang berusaha untuk meningkatkan penghasilan susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
- Ibu yang relaktasi/menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan.
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk meransang penghasilan susu.
Bagaimana teknik Power Pumping ??
Untuk Single Pump
~ Pump breast sebelah kanan terlebih dulu selama 10 minit, kemudian sebelah kiri pula selama 10 minit, tukar pula ke sebelah kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit secara berterusan selama sejam.
~Pump kedua-dua belah breast serentak selama 10 minit, kemudian berhenti/rehat selama 10 minit. Sambung lagi selama 10 minit, dan rehat lagi selama 10 minit, berterusan selama sejam.
Power Pumping dilakukan sehari sekali, seeloknya pada waktu malam ke subuh, Sebab hormon badan sangat tinggi pada waktu ini.
Berapa lama hasilnya dapat dilihat ??
Janganlah anda ingat sekali buat air susu terus banyak. Teknik memerlukan masa sekurang-kurangnya selama seminggu. Walaupun hari pertama hasil pump setitik dua, atau pump angin semata-mata, namun jangan berputus asa, teruskan misi ini sehingga mendapat hasil yang anda inginkan. Jangan berputus asa, usaha, berdoa, tawakkal InsyaAllah akan dipermudahkan..
Bagaimana pula dengan ibu yang Bekerja ??
Anda sangat di sarankan membuat Power Pumping pada malam harinya, InsyaAllah susu tak kan berkurang, malah kalau kerap diamalkan, susu akan bertambah dari semasa ke semasa.
Saya sendiri telah mengamalkan teknik ini..di samping pengambilan set pnyusuan hasilnya memang luar biasa dan saya berjaya mengumpulkan stok susu untuk anak. Air susu memang banyak, sehingga anak bf pun marah-marah sebab rasa lemas dek susu yang melimpah-limpah Alhamdulillah...
Selamat beramal..dan semoga berjaya
0 ulasan:
Catat Ulasan