Pages

Petua Masak Ketupat..


Assalamualaikum wbt buat semua..wah bahang raya semakin terasa. Sudah tentu dah sibuk buat persiapan raya kan.. Tak kira la dari baju, langsir, kuih muih dan makanan tradisi untuk raya. Semuanya dah dalam senarai yang harus di uruskan sebelum raya menjelang kan. 

Dalam kesibukkan membuat persiapan raya tu, jangan lah gopoh dan terburu-buru. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Tahu anda semput, saya pun semput juga ni.hihihi. Gurau je. Apa pun buat dalam keadaan tenang dan bersabar, InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Foto Ehsan Google


Saya nak kongsikan dengan anda semua petua masak ketupat. Hmmm ketupat tak boleh tak ada kan masa raya ni, memang kena ada. Barulah lengkap rendang dimakan bersama ketupat kan.



Baiklah, sebelum syawal menjelang ada baiknya anda mengetahui cara menyediakan ketupat agar memudahkan anda nanti. Semasa merebus ketupat, tutup periuk dan letakkan pemberat pada tudung periuk. Ini untuk mengelakkan ketupat daripada terapung  di permukaan. Selalu perhatikan air rebusan ketupat, tambah jika air mula berkurangan tapi pastikan di tambah dengan air panas. Tukarkan ketupatdi bahagian atas dengan bahagian bawah dan sebaliknya, sehingga ketupat selalu terendam dalam air rebusan dan masak dengan sempurna. Ketupat akan jadi padat, sedap dan lembut isinya.

sumber : majalah wanita..

Selamat mencuba..

Balik Kampung Bersama Malaysia Airlines..

Alhamdulillah syukur..baru ada masa nak buat entry baru diruangan ini, setelah beberapa hari sampai di Felda Tersang, Raub Pahang ni. Ambil masa untuk melepaskan lelah dan menghirup udara segar dulu. Syukur selamat sampai..Terima Kasih Ya Allah kerana permudahkan perjalanan kami anak beranak.

Kisahnya 19hbn lepas adalah jadual penerbangan kami untuk balik Kuala Lumpur, terbang bersama Malaysia Airlines (MAS). Sungguh tragedi MH370 dan MH17 tidak menggugat keinginan untuk memilih syarikat penerbangan ini sebagai pilihan. Lagipun dah beli tiket awal sebelum kejadian MH17 tu.. Allah sebaik-baik perancang dalam kehidupan kita  ya. Tak sangka dalam setahun ini 2 pesawat MAS dah hilang. Bersama kita sedekahkan Al-fatihah dan doa. Amin, InsyaAllah.

Mahu tak risau sebab sebab tragedi MAS ini, sebelum balik hari tu suami ada menyatakan kebimbangan di dalam hati. Dialog kami..'Ma, pa risau la takut pun ada juga ni'.. kenapa? Iyalah, kita kan dah nak terbang naik belon ni...(kata2 terhenti disitu..)' Berdoa dan tawakkal pa, Allah sebaik-baik perancang, hidup mati kita ni rahsia dan ketentuanNya.' Kita serahkan dan mohon keampunan padaNya. Baru la nampak dia senyum dan tenang semula.


Ini gambar cik zara kami, sempat lagi posing sebelum bertolak ke aiport Ttawau. Kerjanya asyik menikmati pemandangan bawah tu, sebab ada kolam. Malam tu sempat lagi bermandi-mandi bersama papa dan kawan-kawanya. Geram layan dia mandi sebab nak ikut mandi kat kolam orang dewasa. Sabar je la.


Dan ini pula keindahan alam yang sempat saya rakam dari dalam pesawat. Cantik kan, ditambah lagi duduk tepi tingkap seat 8A dan 8B betul-betul boleh nampak sayap pesawat tu.  Saya pandang sayap pesawat hati saya luluh dan pilu sebab teringat dengan MH370 dan MH17 tu.. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Di dalam hati saya tak berhenti berdoa, selawat semoga Allah permudahkan perjalanan kami.


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah selamat sampai KLIA. Sempat posing, tapi tak sangka dapat bergambar sekali dengan paramugari MAS tu.hihihi jangan marah ye cik adik manis tergambar sekali. Cik zara bad mood lagi tu, sebab baru bangun tidur. Pesawat nak landing pun dia masih tidur juga. Tapi memang itu yang saya harapkan, sebab dia ni gayat naik pesawat. Kalau terbangun la masa landing tu, conform hura-hara dalam pesawat dengan tangisannya.


Sekali lagi gambar dengan kru MAS tu..yang belakang kecil je tu jangan tak tahu kapten tu.ceh ceh ceh bangga sikit walaupun hanya tergambar sahaja.tak sengaja ye.. Alhamdulillah selamat sampai dan ini masa untuk tuntut bagasi. Kena cepat2 ni nanti bagasi hilang pula hihihi yang sebenarnya takut tertukar sebab beg banyak yang serupa tu.

Okey sampai sini saje ye..nanti kita sambug lagi.. peace!!

Kolesterol - Baik dan Jahat

Alhamdulillah...bertemu lagi diruangan ini. Syukur pada Allah tetap memberikan ruang untuk saya teruskan berkongsi di sini. Assalamualaikum semua, semoga apapun yang kalian lakukan akan beroleh rahmat dariNYA.

Kini ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Berlumba-lumba kita mengerjakan amal ibadah di sepuluh malam terakhir ini untuk mencari malam lailatul qadar. MasyaAllah sungguh Maha Agong sang Pencipta menciptakan 1 malam yang amat berharga.


Baiklah, apa yang anda faham tentang Kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis kompenen sterol yang penting dalam metabolisme serta penghasilan hormon. Oleh itu ianya penting sebab Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai Lipoprotein. Lipoprotein ini terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi banyak kesan kepada kseihatan kita.

Ada Berapa Jenis Kolesterol?

Di dalam badan kita ini, ada 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol. Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan satu lagi dipangggil HDL (high density lipoprotein).

LDL ini adalah 'kolesterol jahat'. Jahat sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri. HDL pula adalah 'kolesterol baik'. Baik sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, dimana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri. Bukan semua kolesterol kita kena buang, sebab ada kolesterol yang penting di dalam badan.

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan fungsi metabolisme. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.


Surah al-Baqarah: 216


"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." - Surah al-Baqarah: 216

Subhanallah Wa Bihamdih..

"Barangsiapa yang membaca, 'Subhanallah wa bihamdihi dalam sehari 100 kali, kesalahannya dihapuskan sekalipun ia banyak seperti buih air laut" (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasullullah menerangkan,

"Dua kalimah yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari kiamat) dan di senangi oleh ar-Rahman adalah Subhanallah wa bihamdih, Subhanallahil 'azim." (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Punca Penuaan Pada Tahap Sellular



4 Punca Penuaan Dan Kebaikan Vivix dalam antipenuaan

1. Kerosakkan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" ( kesilapan dari asal) yang akan menggangu fungsi sel dan panjang umur.

Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.

Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel
Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.

Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.

4. Penimbunan Protein AGE
Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan menganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine" untuk melambatkan pembentukkan protein AGE.

Waktu Baik Berdoa

Betapa indahnya Islam menyediakan waktu dan hari yang baik untuk berdoa.. Alhamdulillah.

Diantara waktu-waktu yang baik untuk berdoa ialah :


1. Waktu sahur/sepertiga malam terakhir
2. Ketika berbuka puasa
3. Ketika azan berkumandang
4. Di antara azan dan iqamah
5. Ketika sujud dalam solat
6. Ketika sebelum salam dalam solat wajib
7. Di hari Jumaat
8. Ketika hujan turun
9. Hari rabu antara zuhur dan asar
10. Ketika hari arafah
11. Ketika perang
12. Ketika minum air zamzam


Kek Coklat Cheese Kukus..

Assalamualaikan semua.. Sayu je hari ini, alam pun turut berduka dengan nasib yang menimpa penduduk bumi Gaza yang dibedil tanpa belas kasihan. MasyaAllah.  Kita hulurkan lah apa yang termampu. dan kirimkanlah doa. Semoga mereka tetap tabah dan cekal. InsyaAllah.

Dalam kita bergembira menyambut ramadhan kita disini..jangan lupa nasib saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan di luar sana. Walau apa pun jua, bersederhana lah dan bersyukurlah kita dengan nikmat yang Allah beri untuk bumi Malaysia ini.

Alhamdulillah terlaksana niat untuk kongsikan resepi kek coklat cheese kukus ni. Kek yang menjadi kegemaran dan kesukaan suami ramadhan kali ini. Jatuh cinta dah dia dengan resepi ini. Terima kasih pada rakan fb saya yang sudi berkongsi resepi ini dengan saya. Baiklah, mari saya kongsikan resepinya.


Bahan-bahannya :-

Bahan A
1 cawan koko
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
Telur 3 biji (gred A)

Bahan C
1 cawan tepung naik sendiri (blue key)

Bahan untuk cheese
250mg cream cheese
60mg gula halus
25ml air biasa
25gm tepung gandum
1 biji telur


Caranya :
1. Cara menyediakan kek coklat :
Satukan bahan A dalam periuk dan panaskan atas api perlahan dan kacau supaya tak bergentel sampai sebati. Ketepikan..

2. Pukul bahan B sampai kembang dan masukkan dalam bahan A dan pukul sebati kemudian masukkan bahan C dan kacau dengan whisk sampai sebati.

3. Cara menyediakan cheese:
Pukul semua bahan kecuali telur sampai kembang serta masukkan telur dan pukul lagi

4. Panaskan air kukusan dan kukus berselang seli mula2 kek coklat bahagi kepada 2 bahagian.. 1 bahagian untuk layer bawah kukus sampai masak selama 20-25 minit kemudian masukkan cheese kukus selama 30 minit sampai masak dan akhir sekali masukkan kek coklat lalu kukus sampai masak selama 30 minit

Senang dah mudah je kan..dan yang paling sedap.

Selamat mencuba ya..
-Mamazara-

Gout

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk secara semulajadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai kimia. Apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan, ianya terkumpul di sendi yang kemudiannya ia membengkak.



Gout bermula dengan sendi kaki seperti ibu jari yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi  pada waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

Antara Makanan Yang Harus Dielakkan ialah :

  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung
  • Daging merah
  • Cendawan
  • Yis ( roti putih, roti manis)
Golongan berisiko dan mudah mendapat gout ialah :
  • Mereka yang berusia 40 hingga 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda
  • Memliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout
  • Mereka yang mengamalkan pemakanan yang tidak sihat
  • Wanita putus haid
  • Obesiti, diabetes dan hyperlipimedia atau mereka yang mengalami tekanan
  • Mereka yang bermasalah dengan buah pinggang, darah tinggi, sakit jantung dan tahap kolesterol tinggi

Doa Qunut Nazilah


"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang Leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka. Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersikap Murka. Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang mengerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka".

Kek Coklat Cheese Kukus



Alhamdulillah..hari ni dah 11 ramadhan. Pejam celik, macam sekejap je kan ia berlalu. Tak lama lagi menunggu kehadiran sepuluh malam terakhir untuk mencari malam lailatul qadar. InsyaAllah, semoga Allah panjangkan usia kita semua menempuhi bulan yang mulia ini.

Ceritanya, petang semalam menyempatkan diri juga la untuk membuat juadah berbuka puasa. Dah rasa muak pula untuk beli kuih kat bazar, kadang-kadang hilang selera nak makan sebab tak sedap pun, rasa tawar je.

Dah memilih sangat kan, haa buat la sendiri, hihihi. Ala cukup 1 jenis kuih udah le, nanti buat banyak-banyak siapa nak makan. Buat 1 jenis, tapi buat banyak boleh bagi dengan jiran-jiran. InsyaAllah. Semalam saya buat kek coklat cheese kukus. Wah, nama kek glemer je kan..asal cheese je mesti glemer. Apa-apa sajalah.

Nak buat entry untuk malam tadi..dah draf tapi tak sempat nak publish, penat dan mengantuk punya pasal la. huhuhu.

Tadaa..inilah kek nya.. Kek cheese yang dah buat suami saya angau! 
Alhamdulillah, suami puji..katanya kek ni sedap tau. Suami jenis tak makan cheese, tapi saya ajak2 ayam je. Tahu dia tak suka cheese. Mungkin dia tak nak saya kecil hati, so dia makan je la." Hmmm sedap, nanti bungkus ye lepas terawih ni pa nak main badminton." Berbunga riang hati, sebab suami suka. ceh ceh ceh..

Balik dari main badminton, tanya lagi..ada tak lagi kek yang tadi ma? Tengok.. dah angau pula dengan kek coklat cheese kukus tu..! Sampai siap nak order lg.. esok buat lagi ye. !! Ngaga mulut i..

Tapi serius kek ni memang sedap tau. Alhamdulillah.


Solat Witir


Alhamdulillah dah selesai terawih sekaligus witir kat surau. Bersyukur sangat sebab Cik Zara tak meragam tinggal dengan Kak Bik..walaupun masa nak keluar rumah tu dia tak tidur lagi. Intai-intai je dari buaian. Baik sungguh anak mama, semoga membesar menjadi anak yang solehah. InsyaAllah.

Sampai rumah dia pun masih tidur, jadi ini lah masanya untuk saya singgah blog ni. Nak blogwalking juga, tapi ntah kenapa network down sangat ni. Sabar je la. Nak berblogwalking pun tak lepas. InsyaAllah nanti saya singgah kat blog korang ye.

Baiklah..mari kita berbalik pada tajuk tulisan kali ni iaitu tentang Solat Witir..

Dinamakan solat witir sebab bilangan rakaatnya yang ganjil. Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Jadikan penghabisan (penutup) solatmu pada waktu malam dengan solat witir." (H.R Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam". (HR Muslim)

"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil) dan Allah menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." (HR Abu Daud dan Tirmizi)

Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiah) kepada kamu satu soalt, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta merah (unta yang terbaik). Itu lah Solat Witir". (HR Abu DAud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

"Solat witir adalaah benar. Sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami". Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim.)

Wallahu a'lam.

Strok



Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba. Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah. Kebanyakan strok berpunca daripada darah beku didalam arteri. Ia merupakan penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia. Strok boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan dada atau kedua-duanya sekali. Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun. Anda perlu mengetahui tanda-tanda amaran awal strok supaya rawatan kecemasan dapat dimulakan segera.

Tanda-tanda Amaran Strok Termasuklah:-
  • Terasa lemah atau kebas dimuka, tangan dan kaki di sebelah badan
  • Susah bercakap atau sukar difahami percakapannya
  • Mabuk atau pening dengan tidak ada sebab atau terjatuh tiba-tiba
  • Kelabu mata, khasnya melibatkan sebelah mata sahaja
  • Tidak sedarkan diri
  • Salah satu tanda pendarahan di otak ialah rasa pening yang teruk dan luar biasa yang berlaku dengan tiba-tiba.
Faktor Risiko Yang Tidak Boleh Dikawal:-
  • Umur : Kadar strok adalah dua kali ganda bagi setiap 10 tahun apabila seseorang itu melebihi umur 55 tahun
  • Jantina : Lelaki mempunyai kadar yang lebih tinggi daripada perempuan. Perempuan yang menggunakan pil perancang, dan merokok, mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi daripada perempuan-perempuan lain.
  • Diabetes : Penyakit strok yang berlaku dimasa lampau
  • Keturunan
Faktor Risiko Yang Boleh Dikawal:-
  • Darah tinggi : Darah tinggi adalah risiko yang paling penting untuk strok kerana ia dihadapi oleh ramai penduduk di Malaysia. Walau bagaimanapun, ia selalunya senang dikawal. Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggilah risikonya. Sebab utama kadar strok berkurangan ialah kerana adanya rawatan berkesan.
  • Penyakit Jantung : Jantung yang bermasalah merupakan satu pam yang lemah dan boleh menjadi sumber darah beku. Beberapa faktor penyakit koronari (aras kolesterol yang tinggi, merokok) juga merupakan faktor risiko strok.
  • Merokok
  • Kiraan Sel Darah Merah yang tinggi : Ketinggian kandungan sel darah merah adalah satu faktor risiko untuk strok kerana ini menyebabkan darah menjadi pekat dan memudahkan pembentukan darah beku.
  • Serangan Strok sementara (TIA) : Keadaan ini mempunyai ciri-ciri strok tetapi pulih dalam masa kurang dari 24 jam. Serangan strok sementara adalah amat penting, ia menandakan kemungkinan berlakunya strok. Ia selalunya dirawat dengan ubat yang menahan daripada berlakunya pembekuan darah.

Sumber : Portal Malaysia

Tips melawan hawa nafsu




Alhamdulillah, kini dah ramadhan yang ke-8. Syukur pada Allah atas segala nikmat dan rahmatnya. Di tempat saya ni sepanjang ramadhan cuaca memang sungguh elok. Seingat saya sepanjang ramadhan ni hujan membasahi bumi Kunak ni.. Kalau pun matahari tu tegak berdiri, namun tak terasa sangat bahangnya. Syukur ya Allah.

Macam mana puasa korang semua? Semoga ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik. Sebenarnya dalam melawan hawa nafsu ni bukan untuk bulan ramadhan je..setiap waktu dan setiap saat kita harus melawan hawa nafsu agar sentiasa terpelihara. InsyaAllah..



Boleh kita amalkan tips ini dalam melawan hawa nafsu.. :-

  • Ingat akan kengerian seksaan Allah
  • Elakkan dari melakukan semula maksiat
  • Tinggalkan teman yang mengajar kelalaian
  • Sibukkan diri dengan mengingati Allah
Mudah-mudahan kita semua sentiasa sibukkan diri dengan mengingati Allah dengan banyakkan baca Al-quran, berzikir dan selawat ke atas Junjungan kita Nabi s.a.w.


 Salam Sayang
-mamazara-

Jenis-jenis Darah Tinggi/Hipertensi


Hipertensi essential (HE)
Ia diwarisi secara keturunan dan faktor persekitaran. Dianggarkan 90% mereka yang menghidap hipertensi terdiri daripada jenis ini. HE ini tidak boleh dicegah.

Seseorang lebih cenderung mendapat hipertensi ini sekiranya mereka mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Tekanan juga, dikenal pasti sebagai faktor penyumbang hipertensi jenis ini.

Hipertensi sekunder
Ia disebabkan oleh penyakit-penyakit hormon, jantung, ubat-ubatan, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

Gejala
Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala kepada penghidapnya. Bagaimanapun, jika hipertensi terbabit agak serius. individu tersebut biasanya mengalami sakit kepala.

Bacaan Darah Tinggi 

Apakah yang meningkatkan Tekanan Darah?

Tekanan darah meningkat sekiranya ada tindak balas pada aktiviti lasak seperti senaman mengejut. Keadaan seperti ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen bertamabah dan tekanan darah meningkat.

Dalam keadaan sejuk secara tiba-tiba, kapilari darah bawah kulit akan mengecut untuk menyimpan haba tubuh. Keadaan ini juga, meningkatkan tekanan darah. Kesemua tindak balas ini dikawal oleh sistem saraf pusat.

Peningkatan dan penurunan tekanan darah bergantung pada perubahan aktiviti. Ia juga cenderung untuk meningkat seiring dengan peningkatan usia. Sekiranya, bacaan tekanan darah meningkat setelah beberapa kali ujian dilakukan, ia dikenali sebagai hipertensi. Bagaimanapun, jika bacaan ini menurun pada tahap tertentu, ia dikenali sebagai hipotensi.

Klafikasi ini berdasarkan purata bacaan yang di ambil dua kali atau lebih setiap kali berjumpa doktor, selepas lawatan imbasan peringkat permulaan.

Apabila tekanan darah sistolik dan diastolik termasuk dalam pelbagai kategori, kategori tertinggi akan dipilih untuk mengklasifikasikan tekanan darah individu tersebut.

Sumber maklumat : Utusan Malaysia.

Suplement yang di syorkan untuk penghidap darah tinggi : 

Vitamin Asas


Muhasabah Diri..




Bulan Ramadhan ini bulan yang mulia. Bulan dimana kita mengenal diri kita siapa sebenarnya di sisi Allah s.w.t. Biarlah bulan ini menjadi bulan kita untuk memperbaiki dan memperbetulkan diri. Biar kita sibuk memperbaiki diri sendiri sehingga tidak nampak keburukan orang lain..

Semoga hati kita sentiasa bersangka baik, kerana Allah s.w.t menuruti sangkaan hambanya. InsyaAllah



 

Hubungi Saya

Jawatan Kosong

Instagram

Tips & Info

Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in