Sembelit memang seringkali terjadi pada bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak. Kadangkala najis hanya akan keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis adalah berbeza diantara satu bayi dengan bayi yang lain.
Sembelit bukan sekadar berpa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseoaraang bayi dengan yang lain. Yang lebih enting ialah bentuk najis yang dihasilkan.
Tanda-tanda sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak :
- Ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa.
- Bayi kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar.
- Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk menggelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.
Perkara begini haruslah dicegah daripada berlaku kerana akan menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak.
0 ulasan:
Catat Ulasan