Pages

Larangan menghukum anak menurut Islam


Islam itu indah menggariskan panduan buat kita dalam mendidik dan menghukum anak. Sungguh cantik akhlak Rasulullah dalam memuliakan kanak-kanak. Anak adalah amanah Allah, anugerah yang terbesar buat ibu bapa. Didikan yang baik itu adalah tanggungjawab yang besar yang perlu dilakukan.


google 

Oleh itu, Islam menggariskan 5 cara menghukum anak yang tidak dibenarkan. Mari saya kongsikan disini :

1. Memukul Wajah

  •  Rasulullah melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud " Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaklah menjauhi (memukul wajah)" 
2. Menampakkan Kemarahan Yang Ketara 
  • Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan  Rasulullah S.A.W "Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."
3. Memukul di dalam Keadaan sangat marah
  • Dari Abu Mas'ud al-Badri, dia berkata,"(suatau hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suaara (teguran) dari belakangku, 'Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud!' akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerana kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata 'Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud!' Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, 'Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,' maka aku pun berkata, 'Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini'.
4. Bersikap terlalu keras dan kasar
  • Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W, "Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan".
5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
  • Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Sumber : Detik Islam..

Nota Kaki : ....
Semoga Allah memberikan aku kesabaran dalam mendidik puteriku zara..semoga dia terlindung dari segala kejahatan yang datang dalam diriku. Aku hanya manusia biasa, tak lepas dari kesilapan..semoga dapat mengamalkan cara yang Rasulullah ajarkan kepada kita umatnya. InsyaAllah.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in