Riang Ria Hari Raya..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..dapat juga memuatkan kenangan yang indah ini, setelah beberapa hari duduk dalam status draf je. Line wifi memang betul2 down..segala niat perkongsian terpaksa dipendamkan saja. InsyaAllah akan dikongsikan jua.

Saya suka sangat dengan gambar-gambar ini. Sebab apa?? Hmmm biarlah gambar yang berbicara, merungkai segala rahsianya. Gambar bersama cik zara ini, suami yang jadi jurukamera. Alkisahnya di hari raya ke-2, hari sebelum balik KL.  


Nak bergambar dengan budak ni memang penat tau..tak duduk diam, tak nak pandang kamera, nak bermain saja kerjanya. Tengok la, mama sendiri pun dah tak ready.




Comel tak saya?? hihihi cik zara gaya apakah itu? Masa ni, papa cakap selfie2 tu banyak kali, tu yang cik zara buat gaya macam tu. Bagi dia tu lah gaya selfienya. Terima kasih ya Allah diatas kegembiraan yang telah Engkau berikan. Maha Suci Mu Ya Allah.


Semoga Allah menjadikan engkau anak yang solehah wahai anakku. Diberikan kesihatan, kebijaksanaan, kekayaan dan kejayaan serta jodoh yang baik yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Amiinnn ya Rabb.



 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in