Assalamualaikum buat semua pengunjung mahupun reader blog mamakuzara.blogspot ni, harapnya begitu la ye, ada yang sudi membaca mahupun yang berkunjung. Alhamdulillah, dan terima kasih pada semua.
Salam sayang buat ibu-ibu, semoga anda tetap ceria dan cekal dalam menjayakan penyusuan kepada anak anda. Alhamdulillah, berbagai tips dan cara, petua pemakanan, alat mahupun suplement untuk terus merangsang penghasilan susu. Jadi bukan alasan dan masalah untuk ibu-ibu tidak memberikan anak susu badan ye, melainkan keuzuran yang sememangnya tak dapat dielakkan.
Ribuan ibu-ibu diluar sana yang telah berjaya dalam penyusuan hasil pengambilan Set Penyusuan Shaklee, ribuan juga testimoni2 yang mereka telah kongsikan. Saya juga salah seorang dari ibu2 itu, dengan usaha dan izin dariNYA. Apa kata anda mencuba sahaja produk Shaklee sebagai sumber nutrisi untuk memenuhi keperluan anda yang memang terbukti berkesan.
Owh ya..yang sebenarnya saya mahu berkongsi dengan anda semua amalan doa bagi membantu banyakkan susu ibu ni. Doa ini anda boleh amalkan sepanjang penyusuan susu ibu. Amalkan ye ibu2...
"Ya Allah..permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.." Amin
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, dan berdoa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurangnya umur 2 tahun.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di mukaa bumi."
Selain itu, amalkanlah berzikir iaitu zikir dengan kalimah Ya Matin (Maha Sempurna KekuatanNYA) 70 kali setiap hari. Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
Setelah kita berusaha, kita serahkan pada yang Esa dalam menentukan rezeki kita. Makanan jasmani sahaja tidak cukup dalam penyusuan ini, sebagai manusia yang hidup mempunyai agama dan pedoman, isikan hidup kita dengan amalan2 rohani sebagai makanan kepada roh kita. Alhamdulillah.
Salam Sayang
Mamazara
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Tambah Susu
BalasPadam