Assalamualaikum buat semua pengunjung mahupun reader blog mamakuzara.blogspot ni, harapnya begitu la ye, ada yang sudi membaca mahupun yang berkunjung. Alhamdulillah, dan terima kasih pada semua.
Salam sayang buat ibu-ibu, semoga anda tetap ceria dan cekal dalam menjayakan penyusuan kepada anak anda. Alhamdulillah, berbagai tips dan cara, petua pemakanan, alat mahupun suplement untuk terus merangsang penghasilan susu. Jadi bukan alasan dan masalah untuk ibu-ibu tidak memberikan anak susu badan ye, melainkan keuzuran yang sememangnya tak dapat dielakkan.
Ribuan ibu-ibu diluar sana yang telah berjaya dalam penyusuan hasil pengambilan Set Penyusuan Shaklee, ribuan juga testimoni2 yang mereka telah kongsikan. Saya juga salah seorang dari ibu2 itu, dengan usaha dan izin dariNYA. Apa kata anda mencuba sahaja produk Shaklee sebagai sumber nutrisi untuk memenuhi keperluan anda yang memang terbukti berkesan.
Owh ya..yang sebenarnya saya mahu berkongsi dengan anda semua amalan doa bagi membantu banyakkan susu ibu ni. Doa ini anda boleh amalkan sepanjang penyusuan susu ibu. Amalkan ye ibu2...
"Ya Allah..permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.." Amin
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, dan berdoa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurangnya umur 2 tahun.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di mukaa bumi."
Selain itu, amalkanlah berzikir iaitu zikir dengan kalimah Ya Matin (Maha Sempurna KekuatanNYA) 70 kali setiap hari. Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
Setelah kita berusaha, kita serahkan pada yang Esa dalam menentukan rezeki kita. Makanan jasmani sahaja tidak cukup dalam penyusuan ini, sebagai manusia yang hidup mempunyai agama dan pedoman, isikan hidup kita dengan amalan2 rohani sebagai makanan kepada roh kita. Alhamdulillah.
Salam Sayang
Mamazara
Tidurnya Cik Zara
Tengok la budak kecik ni tidur macam mana?
Semakin besar ni kalau tidur sebiji macam ayah dia..ish ish. Semoga kau membesar dengan sihat dan baik wahai anak ku Az Zaharah Afrina.
Mama Sayang :)
Semakin besar ni kalau tidur sebiji macam ayah dia..ish ish. Semoga kau membesar dengan sihat dan baik wahai anak ku Az Zaharah Afrina.
Tidur dalam iman..hihihi |
Dah penat main..plastik beg pun jadi la utk alas tidur, tapi mana sebelah kasut tu?? |
Jangan ganggu okey!! |
Mama Sayang :)
Wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah Az-Zahra'
Assalamualaikum..semoga Jumaat yang indah kita semua berada di dalam lindungan Allah s.w.t. Entry kali ini sekadar ingin berkongsi hasil bacaan dari buku.. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua, terutama untuk wanita, para isteri yang solehah. InsyaAllah.
10 Wasiat Nabi s.aw. kepada puterinya Fatimah Az-Zahra'
"Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya darjat wanita itu."
"Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengsiar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah."
"Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang."
"Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga Kautsar pada hari kiamat kelak."
"Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah."
"Ya Fatimah, apabila wania mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosanya sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat."
"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah."
"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih."
"Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya, meminyakkan janggut dan memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya mejadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat."
Salam Sayang
Merysah Rajis aka Mamazara..

Doa Segala Penawar
"Dengan nama Allah yang Maha Menyembuhkan, dengan nama Allah yang Maha Sempurna, dengan nama Allah yang Maha Menyihatkan, dengan nama Allah yang Maha Menyempurnakan, dengan nama Allah yang Memiliki langit dan bumi, dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Doa Siti Fatimah R.A
Doanya Siti Fatimah R.A, puteri Rasulullah S.A.W
"Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri, dengan Rahmat dan Kasih Sayang Mu, aku memohon pertolongan dan janganlah Engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku.."
Riang Ria Hari Raya..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..dapat juga memuatkan kenangan yang indah ini, setelah beberapa hari duduk dalam status draf je. Line wifi memang betul2 down..segala niat perkongsian terpaksa dipendamkan saja. InsyaAllah akan dikongsikan jua.
Saya suka sangat dengan gambar-gambar ini. Sebab apa?? Hmmm biarlah gambar yang berbicara, merungkai segala rahsianya. Gambar bersama cik zara ini, suami yang jadi jurukamera. Alkisahnya di hari raya ke-2, hari sebelum balik KL.
Nak bergambar dengan budak ni memang penat tau..tak duduk diam, tak nak pandang kamera, nak bermain saja kerjanya. Tengok la, mama sendiri pun dah tak ready.
Comel tak saya?? hihihi cik zara gaya apakah itu? Masa ni, papa cakap selfie2 tu banyak kali, tu yang cik zara buat gaya macam tu. Bagi dia tu lah gaya selfienya. Terima kasih ya Allah diatas kegembiraan yang telah Engkau berikan. Maha Suci Mu Ya Allah.
Semoga Allah menjadikan engkau anak yang solehah wahai anakku. Diberikan kesihatan, kebijaksanaan, kekayaan dan kejayaan serta jodoh yang baik yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Amiinnn ya Rabb.
Aidilfitri Bersama Keluarga Suami
Cerita Raya Pertama..
Alhamdulillah, tahun ni raya bersama keluarga belah suami. Dan merupakan raya pertama cik zara bersama atuk dan wan, pakcik makcik serta sepupu-sepupunya di Pahang. Cik zara la yang paling kecik dan cucu paling bongsu ni. Istimewa sikit, kami ni orang paling jauh datangnya. hihihi.. Kebetulan zara dan berumur 1 tahun 5 bulan. Terima kasih ya Allah.
Dah selesai solat sunat Aidilfitri, sesi salam bersalaman..memohon ampun dan maaf kepada mak dan apak. Suasana riang ria bersulam sebak dan sayu dalam kegembiraan sebab berpeluang berkumpul bersama seluruh ahli keluarga. Huhuhu..tahu apak tu dah nangis, tapi hati begitu utuh dan bertembok jitu. Riak muka dan anak mata dah merah.. sayunya....
Mak pula..pandang muka kami saja dah mengalir airmata, tak bersalam lagi memang dah tewas dengan air mata ni. Saya jua begitu..hihihi. cepat2 cover. Cucu-cucu tegur, "wan janganlah nangis" Sedih juga tau..sebab saya raya diperantauan juga la kiranya kan..keluarga di Sabah. Takpe, bergilir-gilir ye..
Ni anak dara pun nak bersalaman juga ni, Yeyyy dapat duit raya dari atuk tau..dapat je sampul raya tu terus je koyak. Alahai, habis renyuk kertas tu digigit-gigitnya. Sayang sampul pertama raya dari atuk tu cik zara oiii..
Alhamdulillah..ini gambar kami bersama. Tahun ni, tema purple. Mak de zara sekeluarga pun pakai color ni tau..so kami sedondon gitu.. Raya tahun ini, memang amat bermakna. terima kasih buat semua ahli keluarga yang melayan kami dengan baik.
Selamat, hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin