Honeymoon dulu pun saya ke sini. Sayangnya saya tak jumpa gambar-gambar tu. Lupa letak mana. InsyaAllah kalau saya jumpa, saya masukan dalam blog ni okey. Saya pergi honeymoon angkut sekali adik beradik dan sepupu sepapat. Mula-mula tu bapa nak hantar kami berdua je ke sana, tapi entah macam mana boleh bocor pula ke telinga-telinga adik-beradik ni. Fikir nak bahagia, kita kena bahagiakan dan gembirakan orang lain dahulu. So angkut la sekali. Nasib baik bot bapa tu besar..siap boleh buat BBQ pula atas bot. Memang happening.
Lihatlah Pulau Mabul dari pemandangan atas udara, cantik kan. Subhanalllah, memang cantik dan indah ciptaan Allah swt itu memang takde cacat celanya.
Inilah yang dinamakan Water Villa atau floating chalet. Datang lah ke Semporna pulau-pulau Semporna ada banyak Water Villa ni, memang cantik dan mendamaikan. Sesuai la untuk yang datang honeymoon tu.
Dan yang ini adalah perkampungan suku kaum bajau laut yang ada di Pulau Mabul ini. Perkampungan ini ada yang dibuat atas darat dan laut. Tetapi bukan hanya suku kaum bajau laut je yang tinggal di sana, ada kaum bajau lain dan kaum suluk yang memang menghuni pulau ini. Mereka telah lama menetap di Pulau Mabul.
Saya sendiri mempunyai ramai kenalan dan kawan-kawan yang berasal dari Pulau Mabul ini. Kawan dan kenalan di zaman persekolahan dahulu. Pulau Mabul ni tak jauh pun dari kampung saya, saya dah banyak kali datang ke sini namun tetap tak jemu.
Dan pulau ni menjadi tempat mencari rezeki para nelayan kecil di Semporna, tak ketinggalan bapa saya. Bapa selalu bercerita tentang pulau-pulau yang ada di sekitar Semporna ini kepada saya. Saya memang berminat dan teruja tiap kali mendengar cerita darinya..
Panjang pula entry kali ni..sampai di sini saja ye saya kongsikan, owh ya kalau nak datang Semporna, kalau u all nak guna perkhidmatan bot sewa, hubungi saya tau.. InsyaAllah saya dapat membantu anda. Okey..bye..
Salam Sayang,
Merysah Rajis aka Mamazara
012-802 7915
0 ulasan:
Catat Ulasan