10 Sebab Ke Semporna

10 Reason To Semporna!!

Alhamdulillah, beruntung jadi anak jati Daerah Semporna. Kini sudah berada dekat dengan kampung halaman sendiri, sudah tentu tidak menghalang diri dari menikmati dan mensyukuri keindahan alam yang Allah ciptakan buat Semporna. Kini Semporna terkenal di peringkat Antarabangsa disebabkan industri pelancongan yang begitu terkenal dengan pulau-pulau yang hebat dan cantik.

Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Sibuan dan pulau-pulau lainya menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negeri. Menjadi destinasi bagi mereka menggemarkan percutian dan pelancongan di lautan dan pulau-pulau.

MARILAH DATANG KE SEMPORNA!! 
Nak datang Semporna?? Jangan lupa hubungi saya tau.. InsyaAllah saya boleh bantu anda.

Credit: Pejabat Daerah Semporna.
Terdapat lebih 20 Operator Pelancongan wujud di Semporna bagi pengurusan Hotel/Resort, kursus menyelam (PADI Diving Course) bertaraf dunia, kidmat penyewaan bot untuk tujuan 'Island Hopping' dan memancing. Untuk keselamatan penyelam, TLDM Semporna (KD Sri Semporna) menyediakan khidmat rawatan kecemasan khas bagi menangani kes-kes kecederaan menyelam.

Untuk tujuan menyelam, 'Snorkeling', berkelah, berbulan madu, 'Island-Hopping' dan menginap di 'Resort' rumah-rumah air, anda boleh memilih untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini di Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Kapalai, Mataking, Pom-pom, Sibuan dan Taman Marin Tun Sakaran.

Bagi penggemar memancing, anda boleh memilih untuk memancing di laut atau di tepi pantai bahagian tanah besar Semporna. Perkhidmatan 'sewa bot' disediakan di sepanjang kawasan pantai. (Untuk Perkhidmatan sewa bot ini, anda boleh berhubung dengan saya) Peralatan memancing seperti joran, 'rapala', kail, tangsi dan lain-lain boleh anda dapatkan dengan mudah di Pekan Daerah Semporna.

Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di kawasan Tampi-Tampi merupakan kawasan yang sesuai bagi mereka yang suka mengkaji 'kehidupan lampau'

Credit : Pejabat Daerah Semporna
Kompleks pulau 'Taman Marin Tun Sakaran' merupakan 'mercu tanda' daerah Semporna. Dari jauh ia kelihatan seperyi seorang manusia yang sedang tidur. Dengan sebab itu ia dikenali sebagai 'Sleeping-Budha' bgai sesetengah pelancong. Taman Marin Tun Sakaran merupakan tempat untuk ladang-ladang penanaman rumpai laut (seaweed) yang terbesar di Sabah. Ia juga menjadi tempat kajian biologi marin bagi kebanyakan penyelam, saintis dan sentiasa menjadi pilihan fakulti-fakulti sains marin universiti dalam dan antarabangsa. Taman Marin Tun Sakran ditakdbir oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (Sabah Parks) yang mempunyai cawagannya di Semporna Sabah.



Pelbagai fasalitis yang sudah tersedia di Semporna. Jika anda memilih Semporna sebagai destinasi percutian anda, kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Semoga penulisan ini sedikit sebanyak akan membantu anda mengenali Semporna. InsyaAllah, akan ada entry2 yang menarik akan meyusul.

InsyaAllah, bagi pihak saya.. anda boleh mendapatkan KHIDMAT SEWA BOT. Murah dan Istimewa.!! Hubungi saya untuk maklumat lanjut, feel free and happy chating dan santai-santai aje..


Salam Hormat,
Merysah Rajis aka Mamazara
012-802 7915


 
Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in