Pages

Kurangkan Garam

Apa itu garam?

Garam adalah bahan yang memberi rasa masin. Ia boleh di dapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau yang tersembunyi seperti yang terdapat dalam sos, kicap, taucu, mayonis, keju, ikan masin serta serbuk dan kib perisa.

Adakah kita perlu garam?

Garam diperlukan untuk:

  1. kawal keseimbangan cecair badan
  2. fungsi otot dan saraf yang sempurna
  3. membantu kekalkan tekanan darah pada tahap yang normal
INGAT! pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah bagi sesetengah individu yang berisiko.

Berapa banyak garam yang diperlukan?

Kita hanya perlu ambil garam kurang daripada 6 gram (1 sudu teh) sehari, termasuk garam tersembunyi.


Tips Mengurangkan Pengambilan Garam
  • Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah-ratus.
  • Kurangkan penggunaan garam, perisa tiruan, kicap dan taucu dalam masakan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, sosej, burger dan makanan segera.
  • Kurangkan penggunaan mayonis dan keju dalam penyediaan makanan.
  • Kurangkan makanan ringan yang manis seperti keropok dan kacang bergaram.
  • Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin, telur masin, belacan, cencaluk, budu serta jeruk asin buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Baca label makanan dan elakkan membeli makanan yang kaya dengan natrium klorida dan monosodium glutamate (MSG)
  • Hadkan pengambilan garam kepada sudu teh (6 g) sehari. 
Panduan memilih makanan kurang garam semasa makan di luar
  • Minta makanan anda dikurangkan garam atau MSG.
  • Elakkan makanan berkuah seperti mi segera, mi bandung dan sebagainya.
  • Elakkan masakan tumis dengan ikan masin, contohnya sayur goreng ikan masin atau makanan dalam tin.
  • Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi tomato atau nasi goreng.
Garam yang berlebihan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi

Makan secara sihat, amalkan 5M 
  1. Mengurangkan gula
  2. Mengurangkan garam
  3. Mengurangkan minyak
  4. Melebihkan buah-buahan
  5. Melebihkan sayur-sayuran 

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia 


Doa Sebelum Tidur Dan Doa Sesudah Bangun Tidur


Dah tidur ke semua??..hmmm saya belum lagi nak mengantuk, tapi nak paksa diri juga tidur ni sebab esok kena keluar awal balik kampung hihihi. Tapi sebelum tu, saya nak buat entry ni dulu..doa sebelum tidur dan sesudah bangun tidur ya semua..

• Sebelum Tidur Membaca Doa :
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Keterangan :
Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :
عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ :  بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ
Ertinnya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)


Selamat Malam... 

Daun Senna Dalam Zaman Perubatan Rasullullah

Sejak zaman Rasullullah lagi, rupa-rupanya Daun Senna ini telah digunakan sebagai 'laxative' ataupun sebagai pelawas.

Daun Senna adalah antara bahan yang digunakan dalam Herba-Lax Shaklee. Daun Senna ini memang susah untuk didapati, ianya hidup dikawasan pergunungan dan bermusim.




Antara ramuan yang terdapat dalam Herba-Lax Shaklee

  • Senna Leaves : Cepatkan proses detoxs, kurangkan penyerapan lemak
  • Buckhorn Bark : Lembutkan najis, lembapkan usus
  • Licorice Root : Bantu proses detoxfikasi
  • Fennel Seeds : Mengeluarkan toksin, bantu pencernaan, bantu masalh sembelit, kembung perut.
  • Anise Seeds : Ransang pengeluaran jus gastrik untuk bantu proses pencernaan
  • Rhubarb Root : Antibiotik
  • Blue Marva Flower : Bantu proses detoxs, imbangi tekstur kulit
  • Culver's Root : Bantu masalah lebihan air, bantu masalah asma
  • Alfalfa Leaves : Bersihkan usus, darah dan hati





Cara Mengelak dari mendapat Kencing Manis

Mengawal pengambilan makanan
Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah.

Melakukan senaman fizikal 
Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu mengurangkan berat badan.

Ubatan :

  • Jika anda penghidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin.
  • Jika anda penghidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambila uabt hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin. Ubatan herba juga mungkin membantu.
Pengambilan Suplemen juga turut digalakkan. Klik di sini untuk maklumat suplemen yang perlu di amalkan bagi mengawal diabetes.

Pesakit Kencing Manis boleh hidup secara aktif

Anda boleh menjaga diri anda sendiri
Penjagaan secara umum : - 

Penjagaan Kulit :
  • Mandi setiap hari
  • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
  • Merawat luka dan calar dengan segera
  • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari
Penjagaan Kaki :
  • Basuh kaki setiap hari
  • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
  • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit
  • Potong kuku jari kaki secara lurus
  • Tukar stokin anda setiap hari
  • Jangan berjalan tanpa kasut
  • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai dipakai di luar rumah
Mengawasi diri sendiri
  • Anda digalakkan utnuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
  • Penjagaan gigi
  • Kerap menjalani pemeriksaan mata
  • Mengelakkan minuman keras
  • Berhenti merokok

*Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM


 

Hubungi Saya

Jawatan Kosong

Instagram

Tips & Info

Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in