Pages

Cara Mujarab Merawat Hati...

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh badan ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, maka buruklah keseluruhannya. Ketahuilah ia adalah hati"

Hati juga sering dikaitkan dengan kehidupan dan kematian...

google

Cara Merawat Hati... : 


1. Tidak Banyak Bercakap 

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting dengan sedikit dan hindari menjadi orang yang bercakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.

Beberapa contoh nafsu yang ahrus kita tundukan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya.

Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melaakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan. 

3. Selalu Mengingati Allah SWT 

Rajin bersolat baik solat 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu banyakkan zikir, doa dan membaca al-Quran juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati

Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati, kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah SWT. 





Doa Ketika Anak Sedang Tidur



InsyaAllah..ibu ayah boleh amalkan doa-doa ini untuk anak, dengan niat anak menjadi anak yang soleh, lembut hati, rajin solat, serta berjaya di dunia dan akhirat.

Disaat anak-anak mahu terlelap tu, bolehlah bacakan doa ini perlahan-lahan lalu hembuskan diubun-ubun anak.


Petua Tercekik Tulang

Assalamualaikum wbt...salam jumaat penghulu segala hari., selawat serta salam buat junjungan Nabi SAW " Allahumma salli 'ala muhammadin wa'ala ali muhammad"




Ingat zaman kecil-kecil dahulu, kami adik beradik kalau nak makan ikan mesti tunggu mak. Kadang-kadang sebelum makan tu mak siap-siap asingkan isi ikan dengan tulangnya sebab takut tercekik tulang ikan. Ehhh sakit tahu tak tercekik tulang ikan. Dah lekat kat anak tekak tu, memang betul-betul buat kita tak selesa..sakit tak boleh nak telan liur.

Di rumah memang meriah dengan ikan, maklum je lah ayah nelayan. Bermacam jenis ikan yang ada..kadang-kadang saya sendiri tak ingat nama ikan-ikan yang ayah bawa balik ke rumah, tahu nak makan je.

Ada beberapa petua kalau dah tercekik tulang ikan ni, antaranya :

  • Minum air dalam tudung periuk
  • kalau rasa tercekik tu, cepat-cepat pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat. InsyaAllah tulang ikan itu akan terlepas
  • Kepal nasi pastu telan
  • Makan pisang
  • Tarik telinga kiri dan kanan, tapi jangan tarik sekuat hati pula.. nanti tercabut telinga lagi lah satu hal..hihihi




Tapi saya paling suka petua dari mak, memang amat-amat berkesan..menurut mak dia sendiri amalkan memang betul2 berkesan. Saya ni masa kecil kerap juga tercekik tulang ikan ni, apa taknya selalu sangat meratah ikan. Caranya macam ni, kalau dah rasa macam dah tercekik tulang tu diamkan diri, jangan gerak-gerakkan  lidah mahupun mengunyah. Dan yang paling penting jangan beritahu orang sebelah korang mahupun sesiapa yang berada disisi korang tu. Ambil segelas air, selawat 7kali dalam hati, beri isyarat jari kelingking dicelah2 atau tepi meja atau kerusi dan terus minum air yang dibacakan selawat tu tadi. InsyaAllah hilanglah tulang ikan tu..

Menurut orang tua-tua, orang yang lahir songsang tu kan ada kelebihannya. Mereka ni boleh membantu dalam kes2 tercekik tulang ni. Minta tolong je bacakan selawat air minum dalam gelas tu, lepas tu minta dia tepuk-tepuk belakang korang..itu orang tua-tua la cakap bukan saya pula ye..hihihi. Apapun boleh lah iktihar dan mencuba, tapi kalau dah kes parah tu pergilah hospital berjumpa doktor.





 

Hubungi Saya

Jawatan Kosong

Instagram

Tips & Info

Copyright © Merysah Rajis (Blog Lama) | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in